PRU-15: Parti pembangkang perlu bersama, ketepi perbezaan

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pakar ekonomi Prof Jomo Kwame Sundaram berkata, parti pembangkang yang serius untuk menang perlu berkerjasama meskipun berbeza pendapat.

Katanya, demi mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), parti pembangkang perlu menghormati antara satu sama lain dan meminggirkan perselisihan yang ada demi membentuk satu persefahaman bersama.

“Memang ada pihak pembangkang yang sebenarnya tujuan mereka untuk pecah belahkan pembangkang.

“Jadi selain daripada mereka ini, mereka (parti pembangkang) yang serius ini sepatutnya mencari jalan untuk bersatu padu. Dan dengan ini, ia boleh dicapai melalui persefahaman pilihan raya.

“Kalau mereka serius untuk beri pilihan pada rakyat jelata dan masyarakat, mereka patut kerjasama dan menghormati perbezaan-perbezaan yang ada untuk pastikan kemenangan dan menawarkan satu alternatif kepada orang ramai,” katanya menurut laporan Malaysiakini.

Selain itu, Jomo yang pernah menjadi ahli majlis penasihat kerajaan semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH),
berkata antara langkah lain yang boleh dilakukan adalah mewujudkan satu barisan, pakatan atau muafakat antara pembangkang, tetapi memandangkan ia akan mengambil banyak masa dan persetujuan oleh banyak pihak, langkah lain seperti persefahaman pilihan raya dapat dicapai.

“…ada banyak jenis persefahaman pilihan raya. Yang paling tinggi tu (adalah) electoral pact ataupun perjanjian pilihan raya tetapi keadaan masa sudah suntuk.

“Jadi mereka sepatutnya meninggalkan perselisihan yang ada di kalangan mereka. Dan sudah tentu masing-masing ada perselisihan itu,” katanya.

Semalam, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim terbuka untuk bekerjasama dengan seterunya termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mendepani cabaran pada PRU-15.

Anwar yang juga Presiden PKR, berkata pintu kerjasama itu sentiasa terbuka asalkan berlandas prinsip tertentu, bukan semata-mata untuk menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

author avatar
Zulaikha Zulkifli
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat