Lelaki Solat Di Tengah Jalan Disahkan Pesakit Psikiatri Lari Dari Hospital – Polis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang lelaki melaungkan azan dan solat di tengah jalan menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas di Jalan Ipoh berhampiran sebuah stesen minyak di Taman City di sini, semalam.

Kejadian pada 3.35 petang itu turut dirakam pengguna jalan raya sebelum video berkenaan tular di media sosial.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, anggota yang membuat rondaan menerima maklumat berkaitan kesesakan lalu lintas berlaku di Jalan Ipoh sebelum bergegas ke lokasi.

“Pemeriksaan mendapati terdapat seorang lelaki berdiri di tengah jalan sambil melaungkan azan dan bersolat.

“Anggota polis kemudiannya memujuk lelaki itu dan membawanya ke stesen minyak berhampiran untuk menenangkannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemeriksa juga mendapati lelaki itu memakai gelang putih menyerupai gelang hospital.

Menurutnya, semakan lanjut mendapati lelaki berusia lingkungan 30-an terbabit adalah pesakit psikiatri yang melarikan diri dari Hospital Selayang.

Katanya, anggota polis kemudiannya menghubungi pihak hospital sebelum lelaki itu dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat