Hati-hati keluar kenyataan, pendapat individu : Annuar nasihat pemimpin UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Tan Sri Annuar Musa bersuara menasihatkan pemimpin UMNO supaya berhati-hati dan elak mengeluarkan kenyataan bersifat pendapat individu yang boleh membangkitkan masalah sekali gus merugikan parti.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh berkata, adalah lebih baik sekiranya sesuatu keputusan yang hendak dijadikan kenyataan diputuskan terlebih dahulu melalui rundingan berasaskan kepada konsultasi.

“Dalam parti elok amalkan budaya berunding supaya kita dapat sesuatu keputusan itu berasaskan kepada konsultasi bagi mengelakkan pandangan peribadi,” katanya selepas menghadiri Majlis Pelancaran Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga di kementeriannya, pada Khamis.

Beliau mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam kelmarin bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan bertanding secara bersendirian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tanpa kerjasama parti lain termasuk PAS yang menjadi sekutunya dalam Muafakat Nasional (MN) atau BERSATU.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berharap apa juga pendirian UMNO tidak lagi melihat kepada kepentingan parti itu semata-mata sahaja sebaliknya, ia harus juga melihat kepada kedudukan UMNO sebagai pihak yang sedang memimpin dan memerlukan kerjasama banyak pihak.

Katanya, UMNO akan kerugian jika menolak kerjasama dengan parti-parti lain kerana parti itu sendiri sememangnya memerlukan kerjasama berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Annuar mengumumkan enam syarikat telekomunikasi akan menawarkan Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia untuk remaja serta golongan kurang berkemampuan bagi tempoh enam bulan bermula esok hingga April depan.

Beliau melancarkan dua pakej berkenaan yang mana syarikat itu terdiri daripada Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia dan YTL.

Beliau berkata ia adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan bagi membantu golongan remaja dan para pelajar memperoleh akses internet, dan mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki peranti pintar mampu milik

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat