UMNO Mungkin Ada Rasional Kaji Semula – Annuar Musa

- Advertisement -

CYBERJAYA – Semua parti politik dalam kerajaan Perikatan Nasional perlu menumpukan usaha untuk menyelamatkan nyawa rakyat dan mengekang pandemik covid19.

Setiausaha Agung Barisan Nasional dan Setiausaha Bersama Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa berpendapat politik negara perlu distabilkan dan keutamaan mesti di tumpukan Memulihkan ekonomi negara, meringankan beban hidup rakyat serta menjadikan Malaysia sebuah negara berjaya.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi Annuar turut memperakui bahawa UMNO mungkin ada asas tertentu dalam menyatakan hasrat mahu mengkaji semula kedudukannya dalam kerajaan PN.

“UMNO dan BN berhak menyemak kedudukannya dari semasa ke semasa dan tidak mustahil melalui semakan itu Kerajaan PN boleh diperkasakan lagi menerusi muafakat yang lebih tersusun dan bersefahaman.”

Semalam Biro Politik UMNO mengeluarkan kenyataan media bahawa UMNO pertimbang untuk keluar dari Perikatan Nasional (PN) dan akan memberikan syarat baharu sekiranya ingin meneruskan kerjasama.

Annuar turut menggesa UMNO, PBBM dan Pas kembali ke ‘DRAWING BOARD’ politik agar dapat melakar sesuatu yang lebih baik untuk Malaysia.

“Untuk itu kita perlu tenang, banyak berfikir dan bijak bertindak. Jangan emosi mendorong kita untuk tidak memikirkan keburukan yg boleh menimpa rakyat dan negara kita.”

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mempertikai tindakan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan mendedahkan keputusan mesyuarat biro politik.

Tajuddin berkata, hasil mesyuarat biro politik tidak boleh diumumkan kerana ia bukan keputusan muktamad parti itu.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat