Teka-teki Belum Terungkai, Siapa Dalam Senarai 120 Sokong Anwar?

Contohi Sifat Rasullullah, Bersabar Kala Di Uji -Muhyiddin

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengajak umat islam di negara ini mencontohi sifat Nabi Muhammad SAW sebagai panduan asas dalam diri masing-masing. Tema...

Macron Sasar Golongan Radikal, Bukan Umat Islam – Kedutaan Perancis

KUALA LUMPUR: Kedutaan Perancis di Malaysia menjelaskan bahawa Presiden Perancis, Emmanuel Macron tidak menyasarkan masyarakat Islam di negara itu, sebaliknya menentang ideologi Islamisme radikal...

‘Hukuman PBNP Melucukan’ – Sumareh

Kuala Lumpur: "Ini perkara yang melucukan. Itu reaksi Pemain naturalisasi pertama negara Mohamadou Sumareh selepas mendapat perkhabaran bahawa bekas majikannya, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang...

Takkan Tak Faham?

Johor Bahru: "Takkan sudah 30 tahun masih tidak faham bahasa Malaysia (BM)," tegur hakim selepas penganggur yang dituduh merogol anak tiri berdiam diri sehingga...

Thailand Terima Kemasukan Pelancong Kapal Persiaran, Kapal Layar

BANGKOK: Kabinet Thailand pada Rabu meluluskan kemasukan penumpang kapal persiaran dan kapal layar luar memasuki negara itu, dalam usaha merancakkan semula sektor pelancongan yang...

KUALA LUMPUR – Sesi menghadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ditunggu-tunggu hari ini masih tidak dapat merungkai ‘mainan’ angka yang kekal menjadi tanda tanya.

Kehadirannya di Istana Negara pagi tadi (semalam) ditambah sidang media ‘pengumuman penting’ tidak berjaya memberi apa-apa bayangan kukuh mengenai sebarang perubahan kepada kerajaan Persekutuan.

Malah persoalan mengenai senarai nama lebih 120 Ahli Parlimen yang didakwa Anwar memberi sokongan kepadanya turut tidak terjawab, selepas ia tidak didedahkan beliau dalam sidang media khasnya beberapa jam selepas sesi menghadap Seri Paduka.

Lebih menimbulkan tanda tanya, Istana Negara pula kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkenaan hanya mengemukakan jumlah, tanpa senarai nama.

Presiden PKR itu dalam sidang media turut mendakwa bahawa Al-Sultan Abdullah memerlukan masa untuk memanggil semua ketua parti untuk mengesahkan dokumen ‘sahih’ sokongan terhadapnya.

Walaupun tiada kenyataan rasmi dari pihak Istana Negara mengenainya namun tengah hari tadi dilaporkan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dilihat keluar dari Pintu Dua Istana Negara pada jam 2.40 petang.

Di sebalik episod politik yang berlaku hari ini, kerajaan Persekutuan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun dilihat berfungsi seperti biasa dengan beliau menganjurkan sidang media maya khas bersama wartawan jam 5 petang.

Dalam pada itu, sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan sidang media mengenai perkembangan COVID-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berjalan seperti biasa.

Angka ‘120’ ini mula menjadi perhatian rakyat Malaysia terutama pemerhati politik selepas Anwar dalam satu sidang media 23 Sept lalu mendakwa mendapat sokongan yang ‘kukuh dan meyakinkan’ untuk membentuk kerajaan baharu menggantikan kerajaan PN.

Pada hari sama, Muhyiddin menegaskan bahawa kerajaan PN masih teguh dan beliau masih Perdana Menteri yang sah, menambah bahawa Anwar perlu membuktikan dakwaan berhubung sokongan majoriti diperolehinya mengikut proses dan kaedah ditentukan Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, Muhyiddin dalam sesi bersama media hari ini menyatakan beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah untuk membuat keputusan, berhubung dakwaan Anwar itu.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan

Contohi Sifat Rasullullah, Bersabar Kala Di Uji -Muhyiddin

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengajak umat islam di negara ini mencontohi sifat Nabi Muhammad SAW sebagai panduan asas dalam diri masing-masing. Tema...

Macron Sasar Golongan Radikal, Bukan Umat Islam – Kedutaan Perancis

KUALA LUMPUR: Kedutaan Perancis di Malaysia menjelaskan bahawa Presiden Perancis, Emmanuel Macron tidak menyasarkan masyarakat Islam di negara itu, sebaliknya menentang ideologi Islamisme radikal...

Takkan Tak Faham?

Johor Bahru: "Takkan sudah 30 tahun masih tidak faham bahasa Malaysia (BM)," tegur hakim selepas penganggur yang dituduh merogol anak tiri berdiam diri sehingga...