SINGAPURA – Malaysia telah melakukan yang maksimum untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Tambak Johor, dan kini terpulang kepada Singapura untuk membalas dan menangani isu tersebut.
Bercakap kepada pemberita di luar Sidang Kemuncak Asia Milken Institute 2023. Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut memuji Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam dan agensi lain kerana menangani isu itu dan membawa penambahbaikan kepada keadaan lalu lintas.
“Agensi-agensi telah menyokong, dan kami melihat perubahan besar,” kata Anwar yang dipetik oleh The Straits Times Singapore.
“Saya berada di sana (Johor Bahru) beberapa minggu lalu dan kini Singapura perlu melakukan yang terbaik untuk mengurangkan lalu lintas,” katanya.
Pada Ogos, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan telah menetapkan projek Forest City yang bernilai berbilion ringgit sebagai zon kewangan khas untuk memacu ekonomi di Iskandar Malaysia.
Beliau turut menyenaraikan beberapa insentif termasuk membenarkan visa kemasukan berbilang, kemasukan pantas bagi mereka yang bekerja di Singapura dan kadar cukai pendapatan rata sebanyak 15 peratus untuk pekerja berpengetahuan.
Credit FOTO: FB Anwar Ibrahim