Dua pingat emas acara sepak takraw jadi buruan di Hangzhou 2022

- Advertisement -

Tekong berpengalaman skuad sepak takraw negara, Muhammad Syahir Rosdi bertekad menyumbang dua pingat emas pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 di China.

Menurut Syahir, barisan pemain negara mempunyai strategi ampuh bagi membenam ego musuh tradisi, Thailand yang pastinya menjadi pilihan menyambar pingat emas.

“Kami ada strategi untuk menewaskan Thailand dan saya percaya kami boleh meraih dua emas iaitu dalam acara antara regu serta berpasukan.

“Semua pemain dan jurulatih begitu komited serta mahu merealisasikan sasaran tersebut. Tak kisahlah Thailand akan mengambil bahagian. Kami ada cara untuk tewaskan mereka,” katanya kepada pemberita pada Khamis.

Sebelum ini, Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) meletakkan sasaran satu emas dan satu perak bagi mempertahankan pingat yang dimenangi pada temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 di Indonesia.

Bagaimanapun, skuad negara dikatakan agak bernasib baik apabila meraih pingat emas antara regu selepas Thailand tidak mengambil bahagian acara tersebut.

“Semua pemain Thailand memang sempurna tetapi kami ada cara untuk mendapat mata. Kami akan berjuang berhabis-habisan untuk memenangi emas.

“Kami pernah tewaskan Thailand, jadi tak mustahil mampu kalahkan mereka lagi,” jelasnya yang dipilih sebagai kapten skuad negara pada temasya Sukan Asia kali ini. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat