Selamat Ulang Tahun Pertama Muafakat Nasional – Zahid

- Advertisement -

KOTA KINABALU- Muafakat Nasional (MN) meraikan ulang tahun pertama jalinan perikatan ummah Melayu dan Islam hari ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menitipkan ucapan selamat ulang tahun kepada Muafakat Nasional dan seluruh pimpinan termasuk ahli PAS serta ummah di Malaysia.

“Sempena ulangtahun pertama penyatuan ummah, saya dan seluruh keluaraga besar UMNO mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Muafakat Nasional kepada seluruh pimpinan dan ahli PAS serta ummah di Malaysia keseluruhannya,” ciap Ahmad Zahid di Twitternya hari ini.

Muafakat Nasional merupakan sebuah gagasan kerjasama PAS dan UMNO.

Gagasan ini telah dicetuskan hasil daripada Piagam Muafakat Nasional yang dimeteraikan antara dua parti politik Melayu Islam terbesar di Malaysia t semasa Himpunan Penyatuan Ummah pada 14 September 2019.

Muafakat Nasional juga secara tidak rasminya merupakan manifestasi lanjut kerjasama antara tiga parti politik yang berada dalam kerajaan Perikatan Nasional di Malaysia, iaitu BN, Gagasan Sejahtera dan Bersatu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat