PPBM Batu Sapi Meriahkan Kempen Bung Mokhtar Di DUN Sekong

- Advertisement -

BATU SAPI: Kempen BN di N53 DUN Sekong dalam parlimen Batu Sapi hari ini, dimeriahkan dengan kehadiran sekumpulan penyokong parti Bersatu yang hadir memberikan sokongan kepada calon BN disini, Hazulizah Mohd Dani.

Beliau adalah calon termuda UMNO dan hanya satu dari dua calon wanita yang dipertandingkan.

Kempen yang turut dihadiri Pengerusi UMNO Negeri Sabah, Datuk Sri Bung Mokhtar ini, dihadiri hampir 300 orang penduduk setempat.

Dalam ucapannya, Bung Moktar berkata masalah penduduk setempat seperti lampu di kawasan ini, akan diselesaikan oleh bakal wakil rakyat di kawasan berkenaan.

Sebab itu pengundi di kawasan Sekong perlu menyokong calon BN ini kerana beliau tahu apa yang diperlukan untuk membantu masyarakat setempat berdasarkan latar belakang dan pengalamannya.

Politik ini kata beliau jangan ikut sangat kepada sentimen, cara berpolitik hari ini juga sudah sangat berbeza.

Pemimpin Warisan dakwa beliau sering berbohong kepada rakyat. Selama Warisan memerintah lebih 2 tahun, banyak rumah terbakar, satu pun tidak digantikan walaupun mereka berjanji untuk membantu rakyat.

Wakil rakyat pada beliau diibaratkan seperti pemandu kepada rakyat. Sesuai dengan perbandingan itu, pemandu perlu cekap, pemandu perlukah bagus untuk membawa rakyat ke destinasi yang dituju – SuaraTV.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat