INSKEN Lancar Sistem Ujian Psikometrik MyNEPT Bantu Usahawan Kenal Potensi Diri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) melancarkan sistem Ujian Psikometrik Usahawan Nasional (MyNEPT) dalam usaha membantu usahawan dan bakal usahawan mengenali kecenderungan dan potensi diri untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Sistem yang dibangunkan oleh INSKEN ini memberi peluang kepada para usahawan mengukur tahap ciri-ciri dalam diri seterusnya mempersiapkan mereka mendepani cabaran Revolusi Industri Keempat (IR4.0).

“MyNEPT dibangunkan bagi membantu para usahawan mengenali ciri-ciri atau personaliti keusahawanan yang ada pada diri mereka untuk dijadikan sebagai penanda aras kepada tahap keusahawanan sedia ada dengan perbandingan paras nasional dan antarabangsa.

“Para usahawan boleh membuat perbandingan skor dengan usahawan tempatan dan global yang telah berjaya.

“Perbandingan skor ini sudah pasti dapat membantu mereka untuk mengenalpasti penambahbaikan bersesuaian bagi mengembangkan perniagaan sedia ada berdasarkan kedudukan mereka didalam graf dan skor yang dijana oleh MyNEPT,” kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Encik Muhd Firdaus Azharuddin berkata, sehingga ke hari ini seramai 10 ribu usahawan telah mengambil ujian psikometrik MyNEPT dan disasarkan bilangan itu akan melonjak ke 100,000 usahawan dalam masa terdekat.

Ujarnya lagi, terdapat 50 soalan yang wajib dijawab oleh para usahawan sebelum keputusan dan laporan psikometrik MyNEPT ini dijana. Soalan-soalan psikometrik tersebut adalah berdasarkan lima skop analisa yang dikenali sebagai O.C.E.A.N iaitu:

  • Openness to experience atau keterbukaan, merupakan ciri personaliti yang gemar mencari pengalaman dan pengetahuan baharu.
  • Conscientiousness atau sifat berhati-hati. Ia merangkumi ketelitian, cermat dan berdisiplin.
  • Extraversion atau mudah bergaul. Sifat mencari kepuasan dari sumber-sumber di luar diri sendiri atau dalam komuniti.
  • Agreeableness atau sifat menyenangkan. Menggambarkan kebolehan individu untuk mengadaptasi dengan persekitaran.
  • Neurotisisme dimana kecenderungan individu untuk mengalami emosi negatif seperti marah, bimbang atau kemurungan. Ia juga dikenali sebagai ketidakstabilan emosi.

Semua usahawan dialu-alukan untuk melayari pautan https://www.mynept.com/ bagi membolehkan mereka mendapat keputusan ujian psikometrik MyNEPT secara percuma sekaligus mengenalpasti kelemahan sedia ada.

Hadir sama dalam pelancaran sistem MyNEPT adalah, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Bin Samsudin dan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YBhg. Dato’ Sri Haji Mohammad bin Mentek. – SuaraTV

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat