ROS Sahkan PN Sudah Berdaftar 7 Ogos 2020

- Advertisement -

KOTA KINABALU- Perikatan Nasional (PN) telah diperakui telah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) atau ROS.

Parti Perikatan Nasional telah dilulus dan ditandatangani oleh Pendaftar Pertubuhan dengan sijil pendaftaran PPM-019-14-07082020 berkuatkuasa 7 Ogos 2020.

JPPM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan PN berdaftar di bawah kategori politik selaras dengan peruntukan Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335].

“Sijil pendaftaran, logo parti dan perlembagaan parti telah ditandatangani dan dikemukakan kepada parti PN sebaik sahaja pendaftaran parti diluluskan.

“Sehubungan itu JPPM sekali lagi menegaskan bahawa kenyataan yang menyatakan “Perikatan Nasional tiada rekod daftar parti” adalah tidak berasas sama sekali,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu lagi, dakwaan bahawa kelulusan parti PN tidak terdapat dalam sistem JPPM dalah tidak benar kerana sistem di laman sesawang JPPM bagi kelulusan sesebuah pertubuhan dikemaskini secara automatik setiap dua bulan.

Hal demikian katanya, kelulusan parti PN hanya akan tertera dalam carian umum laman sesawang JPPM pada awal Oktober 2020.

“Walaubagaimnapun, sekiranya ada carian khusus dalam sistem e ROSES ia akan jelas memaparkan parti PN diluluskan tarikh 7 Ogos 2020.

“Maklumat parti yang terdapat dalam sistem berkenaan hanya boleh diakses oleh Setiausaha parti tersebut sahaja,” katanya.

Hari ini, hangat diperkatakan bahawa PN tiada rekod daftar parti dan mendakwa semua calon bertanding bawah tiket PN tidak sah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat