Rafizi syak pertemuan dengan pendedah maklumat skandal jadi pencetus anaknya diserang

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Rafizi Ramli berspekulasi serangan yang berlaku terhadap anak lelaki tunggalya ada kemungkinan terkait pertemuan bekas Menteri Ekonomi itu dengan kumpulan pendedah maklumat dipercayai berhubung skandal.

Justeru Ahli Parlimen Pandan itu tidak menolak kemungkinan serangan dibuat terhadap anak lelakinya petang Rabu bersangkut paut dengan pertemuannya dengan ‘whistleblower’ berkait pendedahan skandal, pada Rabu minggu lalu.

Bekas Timbalan Presiden PKR itu mendakwa, serangan itu mungkin cubaan menutup mulutnya mengenai perkara berkenaan.

“Minggu lepas memang ada satu kumpulan ‘whistleblower’ datang mengenai satu skandal.

“Saya ingat pihak yang terbabit, sesiapa dalang di belakang ini tahu, selalunya kalau saya mula melihat satu skandal saya akan gali dan gali,” dakwanya pada sidang media di bangunan Parlimen pada Khamis.

Rafizi juga mendakwa serangan terhadap anaknya dilakukan secara terancang memandangkan beliau dan keluarganya baru sahaja berpindah rumah dan tidak ramai mengetahui mengenai hal itu.

“Penyerang juga menyerang ketika isteri dan anak saya nak masuk kereta di parkir pusat beli belah berkenaan.

“Tidak mustahil mereka mengekori pergerakan keluarga saya untuk beberapa ketika sebelum menyerang,” kata Rafizi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat