Mayat ditemui di Sungai Klang adalah Nidza Afham – Ketua Polis Selangor

- Advertisement -

SHAH ALAM – Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan satu mayat lelaki dewasa yang ditemukan di Sungai Klang adalah Nidza Afham Mokhtar.

Menurutnya, mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses selanjutnya.

“Ya. Dipercayai adalah abang penyanyi yang dilaporkan hilang semalam,” katanya ketika dihubungi sebenar tadi.

Sebelum ini, dilaporkan kehilangan Nidza Afham didakwa berkaitan dengan kes samun.

Adiknya, Afrina Hanie Mokhtar berkata, polis mempercayai kehilangan Nidza Afham berkaitan dengan kes samun susulan kehilangan kad debit dan wang tunai manakala, kad pengenalan, kad pelajar dan gambar disimpan dalam dompet milik bekas peserta I Can See Your Voice Malaysia musim ketiga itu tidak berusik.

Afrina berkata, penemuan dompet dan telefon bimbit Nidza Afham atas Jambatan Sungai Klang juga berada dalam keadaan pelik. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat