Xiaomi lancar Mi 10 Ultra

- Advertisement -

XIAOMI menambah barisan produk premium keluaran mereka dengan memperkenalkan peranti baharu Mi 10 Ultra dan ia sempena ulang tahun ke-10 syarikat elektronik berkenaan.

Peranti berkenaan menggunakan pemproses generasi baharu Qualcomm iaitu Snapdragon 865 yang dipadankan bersama keupayaan memori (RAM) sehingga 16GB dengan rekaan LPDDR5.

Xiaomi juga menyediakan variasi Mi 10 Ultra dengan jumlah storan sehingga 512GB yang disasarkan kepada pengguna aktif termasuk segmen permainan mudah alih.

Mi 10 Ultra didatangkan dengan saiz skrin berkeluasan 6.67 inci bersama paparan Definisi Penuh Dipertingkat (FHD+) OLED serta kadar segar semula 120Hz yang sesuai dengan kemajuan teknologi kini.

Peranti itu menggunakan rekaan kamera ‘punch hole’ serta sensor lensa berkeupayaan 20 megapiksel (MP).

Untuk pengguna kelas permainan mudah alih, mereka tidak perlu bimbang dengan pemanasan peranti kerana Mi 10 Ultra dilengkapi dengan sistem penyejuk cecair Vapor Chamber bersama padanan lapisan grafit serta sensor suhu.

Ia akan memastikan peranti berada dalam suhu paling optimum dan kelancaran peranti tidak terganggu dek pemanasan.

Peranti baharu Xiaomi ini menggunakan tetapan empat lenaa dengan sensor utama berkeupayaan 48MP dengan OIS, 20MP sudut lebar juga bertindak sebagai makro, 48MP periskop dengan 120X zum hibrid serta 12MP untuk potret.

Peranti ini dilengkapi dengan cip jaringan 5G terbina di samping sistem pengecasan pantas untuk memudahkan pengguna.

Buat masa ini, peranti berkenaan dilancarkan di China menerusi tanda harga sekitar RM3,000 dan dijangka bakal memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

Spesifikasi

  • Pemproses: Snapdragon 865
  • RAM: Sehingga 16GB LPDDR5
  • Storan: Sehingga 512GB
  • Kamera utama: 48MP+20MP+48MP+12MP
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat