Sanjay Dutt hidap kanser paru-paru tahap empat

- Advertisement -

BINTANG legenda Bollywood, Sanjay Dutt, 61, disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat.

Sanjay dalam satu kenyataan berkata, dia kini perlu menjalani rawatan susulan untuk beberapa tempoh.

“Hai semua, saya akan berehat seketika untuk rawatan. Keluarga dan rakan baik saya ada bersama saya dan jangan percayakan spekulasi tidak betul. Melalui doa anda, saya akan kembali tidak lama lagi,” katanya menerusi media sosial.

Sanjay dikatakan bakal menjalani rawatan di Amerika Syarikat.

Beliau sebelum ini mengalami sesak nafas pada 8 Ogos lalu dan dikejarkan ke sebuah hospital di Mumbai.

Sanjay pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali. Isteri pertamanya, Richa meninggal dunia akibat kanser otak pada 1996.

Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat