Tiga Lagi Penguatkuasa MBSA Ditahan

- Advertisement -

BERNAMA melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 3 orang lagi anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berhubung dakwaan menerima rasuah bagi melindungi perniagaan tanpa lesen dan pusat judi di Sungai Buloh.

Perkara ini disahkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahya.

Ini menjadikan tujuh orang anggota penguatkuasa MBSA kesemuanya yang telah ditahan SPRM setakat ini.

Baru-baru ini, tular dua klip video yang disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook Hot Burger Malaysia serta dikongsi akaun Mohd Asri Hamid, 42, atau dikenali sebagai Asri Janggut, yang mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap kes judi, serta mendedahkan lokasi perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh.

Susulan pendedahan itu, SPRM melakukan siasatan terhadap dakwaan berkenaan dan mendapat kerjasama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, bagi menyiasat dakwaan tersebut -Bernama/Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat