Orang biadab dengan Islam tak wajar dibiar membiak subur – Idris Ahmad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kumpulan individu yang biadab dengan Islam tidak wajar dibiarkan membiak subur,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.

Tegas beliau, sesiapa yang permainkan, menghina ajaran Islam dan hina Nabi SAW, wajib kita mengambil tindakan mengikut undang-undang.

“Insyaallah mereka yang biadab dengan Islam, kita tidak boleh biarkan kumpulan ini membiak subur.

“Alhamdulillah majoriti umat Islam di negara ini begitu sensitif soal akidah,” katanya.

Di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam, seorang wanita didakwa menghina Islam dengan menanggalkan pakaian dan tudung dalam sebuah persembahan komedi baru-baru ini.

Siti Nuramira Abdullah, 26, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terpertuduhan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menghina Islam.

Wanita tersebut, didakwa menghina Islam sewaktu membuat persembahan di Kelab Komedi Crackhouse, Taman tun Dr Ismail itu akan dituduh di Mahkamah Sesyen Siber.

Sementara itu, teman lelakinya, Alexander Navin Vijayachandran, 38, pula didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor, juga pada Rabu.

Lelaki terbabit didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dilaporkan turut tidak mengaku bersalah atas pertuduhan yang dihadapinya.

Sebelum ini, tular rakaman video memaparkan Siti Nuramira mempersendakan Islam dalam persembahan komedi berdiri di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail.

Dalam video berdurasi 54 saat itu, wanita berkenaan pada mulanya bertudung dan memakai baju kurung mendakwa telah menghafal 15 juzuk al-Quran, menanggalkan pakaian sehingga mencolok mata.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat