Jemaah Menteri Sebulat Suara Sokong Muhyiddin Sebagai PM

- Advertisement -

CYBERJAYA: Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada hari ini membuat keputusan sebulat suara untuk menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut kenyataan media Ahli-Ahli Jemaah Menteri, keutamaan pada ketika ini ialah untuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Ahli-Ahli Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung pada 14 Julai telah membuat keputusan sebulan suara untuk kekal memberi sokongan penuh kepada kepimpinan YAB Tan Sri Hj Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri.

” Ahli-Ahli Jemaah Menteri juga ingin memaklumkan bahawa setiap keputusan kerajaan dibuat secara kolektif oleh Jemaah Menteri setelah mengambil kira pandangan semua pihak.

” Keutamaan Kerajaan pada ketika ini adalah untuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) demi kesejahteraan rakyat dan kemakuran negara serta membawa negara keluar dari pandemik Covid-19.” kata kenyataan tersebut. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat