SMETSCM 2025 medan pelajar PUO pamer inovasi & kepakaran industri

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

IPOH – Seramai 80 pelajar dari Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan Rantaian Bekalan) dengan Kepujian (BMS), Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Ungku Omar (PUO) telah mempamerkan inovasi dan kepakaran industri masing-masing dalam Symposium on Manufacturing Engineering Technology and Supply Chain Management 2025 (SMETSCM 2025) di Perpustakaan Tan Sri Othman Merican, PUO dekat sini baru-baru ini.

PUO dalam kenyataannya memaklumkan SMETSCM 2025 menjadi sebahagian daripada komponen penting dalam pelaksanaan Program Work-Based Learning (WBL).

Katanya, simposium ini menyediakan platform kepada pelajar semester akhir untuk membentangkan hasil pembelajaran sepanjang tempoh WBL dan mendapat sokongan kukuh daripada syarikat-syarikat industri yang menjadi rakan strategik dalam pelaksanaan WBL.

“WBL di PUO direka bagi melahirkan graduan yang berdaya saing, bersedia menghadapi cabaran industri dan berkemahiran tinggi.

“Melalui pendekatan ini, pelajar bukan sahaja mengukuhkan kefahaman teori dan teknikal dalam persekitaran sebenar, malah turut memantapkan kemahiran insaniah seperti komunikasi, penyelesaian masalah dan kepimpinan, ”katanya lagi.

“SMETSCM 2025 bukan sahaja menjadi medan pembuktian keupayaan pelajar, malah mengukuhkan jaringan kerjasama strategik antara institusi akademik dan pihak industri.

“Sekaligus menyumbang ke arah pembangunan modal insan yang relevan dan berkualiti tinggi untuk sektor kejuruteraan pembuatan dan pengurusan rantaian bekalan di Malaysia, ”tambahnya.

Tambahnya lagi, pelbagai pengisian sempena simposium ini antaranya, Pembentangan & Pameran projek akhir (Project 2) oleh pelajar yang melibatkan pembangunan penyelesaian berkaitan kejuruteraan pembuatan atau pengurusan rantaian bekalan.

Selain itu, pembentangan portfolio bagi kursus Warehouse Management dan Logistics yang menekankan pengurusan gudang serta pengedaran logistik secara efisien; dan Seminar industri oleh Production Planning & Control Manager dari Jefloy Sdn Bhd, Hamidah Khalil yang berkongsi pengalaman serta trend semasa industri pembuatan.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PUO, Mohd Saiful Saleh telah merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan dan mentor industri daripada syarikat-syarikat atas kerjasama dan sokongan padu mereka dalam menjayakan program WBL.

Antara syarikat yang terlibat, Kamaya Electric (M) Sdn. Bhd.; Camfil Malaysia ; Benchmark Electronics (M) Sdn. Bhd.; MGV Industries Sdn. Bhd.; TSU-RU Engineering Works Sdn. Bhd.; Kumpulan Jebco (M) Sdn. Bhd.; WSA Venture Australia (M) Sdn. Bhd.; Team Some Sdn. Bhd.; Wei Dat Steel Wire Sdn. Bhd.; Tasek Corporation Berhad; dan Yamaha Electronics Manufacturing (M) Sdn. Bhd.

SMETSCM 2025 yang telah berlangsung selama dua hari pada 11 dan 12 Jun 2025 telah dirasmikan oleh Pengarah PUO Dr Hjh. Salmi Che Meh. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat