Aku Faizal Tahir: live In Kuala Lumpur Bakal Gegagarkan Dewan World Trade Center KL

- Advertisement -

Selepas 17 tahun bergelar anak seni, penyanyi dan komposer terkenal tanah air, Faizal Tahir bakal muncul dengan konsert solo pertamanya, ‘Aku Faizal Tahir: Live In Kuala Lumpur’ yang akan di adakan di Pusat Dagangan Dunia pada 2 September depan.

Faizal atau pemilik nama sebenar Ahmad Faizal Mohammad Tahir berkata konsert itu adalah sebagai ‘hadiah’ buat peminat yang sentiasa memberi sokongan terhadap kerjayanya, selepas 17 tahun berada dalam industri

“Saya rasa ini adalah masa yang terbaik, setelah sekian lama dipujuk oleh pihak pengurusan untuk membuat konsert solo. Saya rasa ini tanda yang orang masih nak dengar saya menyanyi”, ujarnya ketika sidang media konsert berkenaan yang di adakan di JioSpace, Petaling Jaya pada 13 Jun lalu.

“Saya ada mempromosikan lagu di media sosial, terlalu banyak komen daripada peminat yang meminta saya untuk membuat konsert solo. Pihak pengurusan kumpulkan semua komen itu dan tunjukkan kepada saya,” ujarnya.

Konsert Aku Faizal Tahir itu bakal menampilkan beberapa segmen menarik yang menunjukkan revolusi perjalanan kembara seninya selama 17 tahun.

“Konsert ini bukanlah bersifat hiburan semata-mata sebaliknya saya mahu menyampaikan sesuatu yang baik dan positif tentang kehidupan, terutamanya pengalaman sendiri dalam menempuh cabaran dalam industri.

Lebih istimewa, dalam konsert itu, Faizal Tahir akan merakamkan semula lagu popularnya, Sampai Syurga, sebagai tanda terima kasih kepada semua pihak yang menyokong perjalanan karier seninya dari dulu sehingga kini.

“Sebanyak 23 buah lagu termasuk lagu-lagu medley daripada lima album saya seperti Mahakarya Cinta, Bencinta, Assalamualaikum dan Ragaman akan saya persembahkan pada malam tersebut,” katanya.

Peminat boleh mendapatkan tiket dengan harga RM488, RM588 dan RM688 di laman sesawang di www.jiotix.asia atau hubungi talian hotline di 01151003111 (Whatsapp sahaja).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat