Bunyi kuaci pun disalahkan kacau konsentrasi- Zahid sindir Faizal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang kononnya sorakan 63,000 penonton menjadi faktor skuad kebangsaan tersungkur 1-2 menentang Bahrain, kini menjadi bahan jenaka.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini secara sarkastik ‘membahan’ Ahmad Faizal dengan mengatakan nasib baik bukan dia yang jadi jurulatih atau pemain.

“Mungkin bunyi makan kuaci pun disalahkan kerana menganggu konsentrasi,” sindir Zahid di Facebooknya pada Selasa.

Presiden UMNO itu menyeru supaya penyokong Harimau Malaya supaya mengabaikan saja teori kelaut itu.

“Teruskan semangat menyokong demi negara. Semoga pasukan bola sepak negara kita berjaya wahai Harimau Malaya,” ucap Zahid.

Sebaliknya kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu kekalahan tipis Harimau Malaya kepada Bahrain tempoh hari tiada kaitan dengan sorakan penyokong Malaysia.

“Malah saya percaya sorakan gemuruh rakyat Malaysia selaku pemain ke-12 yang membakar semangat pemain-pemain kita.

“Bukan menyebabkan pemain hilang fokus lalu terlepas jaringan gol. Bukan kali pertama pemain negara beraksi di hadapan penyokong.

“Belum pernah pemain bola sepak negara kita bermain di padang tertutup tanpa penyokong kecuali ketika latihan,” bidas beliau.

Doa kami mengiringi perjuanganmu, ucap Zahid lagi.

Terdahulu, Ahmad Faizal tampil membela penjaga gol, Farizal Marlias susulan kesilapan dilakukannya hingga menyebabkan skuad kebangsaan tewas 1-2 kepada Bahrain dalam aksi kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Katanya, faktor luaran termasuk membabitkan lebih 63,000 penonton di stadium ketika perlawanan itu berlangsung juga harus diambil kira atas kekalahan itu apabila sorakan mereka secara tiba-tiba dilihat menyebabkan pemain skuad negara hilang fokus sewaktu perlawanan.

“Seingat saya, sejurus jaringan pertama pada aksi itu, kelihatan beberapa kelibat pemain di luar padang antaranya Guilherme De Paula, akan dimasukkan ketika itu yang menyebabkan seluruh stadium bersorak.

“Sorakan sedemikian menyebabkan pemain hilang fokus sekali gus menyebabkan skuad kita terlepas peluang menjaringkan gol. Jadi kalau hendak kata (kekalahan) disebabkan 100 peratus faktor pemain pun, sebenarnya kita sebagai penonton pun menyumbang kepada larinya fokus pemain.

“Kalau saya yang berada di atas padang ketika itu pun yang mana orang ramai tiba-tiba menjerit (bersorak), fokus saya pun akan hilang sedikit,” katanya.

Pun begitu, Menteri Belia dan Sukan itu telah tampil memohan maaf atas kesilapannya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat