Keputusan STAM Akan Diumum Pada Khamis -KPM

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan
peperiksaan Siji Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2020 akan diumumkan pada
17 Jun 2021 (Khamis) mulai pukul 10.00 pagi.

Menurut kenyataan media KPM, calon sekolah dan persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui secara dalam talian di myresult1.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh.

“Disamping itu, menerusi perkhidmatan SMS untuk mendapatkan ringkasan keputusan
STAM 2020 dengan menaip STAM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan
hantar ke 68886. Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi
pada 17 Jun 2021 dan akan ditamatkan pada pukul 6.00 petang pada 23 Jun
2021.

“Bagi calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan
mengenal pasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk
mendapatkan keputusan peperiksaan.” kata kenyataan tersebut.

Ujar kenyataan itu lagi, bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet pula, pihak Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenal pasti calon persendirian tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan
keputusan peperiksaan. KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.” kata kenyataan itu lagi. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat