Aina muncul dalam Simply K-Pop CON-TOUR

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu Sepi, Aina Abdul buat kali pertama muncul menerusi slot temubual pada konsert antarabangsa, Simply K-Pop CON-TOUR siaran Arirang TV dari Korea Selatan, petang ini.

Aina berkata, dia membuat persediaan sebelum muncul dalam sesi temubual berkenaan sejak beberapa hari lalu.

Konsert akan bermula jam 6 petang hingga 8 malam ini (waktu Malaysia), hari ini dan boleh ditonton secara langsung menerusi YouTube, Naver dan Facebook Arirang TV.

“Saya diberikan beberapa soalan sebagai persediaan dalam temubual. Ia memudahkan kelancaran dalam temubual, selain bersedia dengan jawapan yang bernas.

“Sepanjang tempoh dua jam konsert, diselitkan juga slot temubual bersama saya. Bagaimanapun, slot ini diberikan tidak lama, tetapi saya akan memanfaatkan sebaik mungkin untuk mempromosikan diri dan lagu Sepi.

“Ia hanya temubual, bagaimanapun saya akan secara spontan dalam tempoh diberikan untuk menyanyikan lagu Sepi yang dirakamkan dalam bahasa Korea,” katanya kepada BH Online.

Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani berkata, program berkenaan mengetengahkan konsert muzik K-Pop dan slot temubual.

“Saya anggap ini sebagai rezeki terpijak. Saya difahamkan, penganjur juga akan terus mengundang artis Malaysia untuk ditemubual.

“Walaupun tidak terbabit dengan persembahan, hanya temubual skala kecil, saya tetap menganggapnya satu peluang keemasan sebagai permulaan untuk mendapatkan peluang lebih besar pada masa akan datang.

“Ia juga menjadi suntikan semangat untuk saya terus bekerja keras, sekali gus mengintai peluang baharu di peringkat antarabangsa. Saya akan lakukan yang terbaik, petang ini. Doakan saya,” katanya.

 

Peluang ditemubual Arirang TV hadir selepas bintang YouTube dari Korea Selatan, HOONDOTV membantu dengan membuat video dan menyanyi semula lagu Sepi. - Foto IG Aina Abdul
Peluang ditemubual Arirang TV hadir selepas bintang YouTube dari Korea Selatan, HOONDOTV membantu dengan membuat video dan menyanyi semula lagu Sepi. – Foto IG Aina Abdul

 

Mengulas adakah ruang menembusi pasaran luar negara termasuk Korea satu usaha mudah, juara The Masked Singer dan Vokal Mania itu menjelaskan, ia bukan perkara mudah.

“Susah sebenarnya, tetapi saya akan bekerja keras untuk menggapai impian. Saya akan cuba langkah demi langkah.

“Selagi ada ruang mempamerkan bakat, saya akan menggunakan peluang depan mata sehabis baik. Saya bertuah kerana ahli kelab peminat, Ainations kerap mengungkap nama saya dalam saluran dan platform muzik di Korea Selatan. Dari situ, mereka mula menyedari kehadiran dan bakat saya,” katanya.

Dalam masa sama, Aina tidak menyangka perkongsiannya di laman YouTube dan Instagram menyanyikan lagu K-Pop berjaya mencuri perhatian peminat dari Korea Selatan.

“Ini antara sebab mengapa saya nekad merakamkan lagu Sepi dalam bahasa Korea. Lebih sebulan dimuat naik, lagu Sepi sudah ditonton hampir 700,000 tontonan dalam YouTube.

“Peluang ini juga hadir selepas bintang YouTube dari Korea Selatan, HOONDOTV membuat video dan menyanyikan semula lagu Sepi.

“Liputan mengenai video mereka itu membantu memperkenalkan nama sehingga menjadi perhatian, selain Ainations tidak henti mempromosikan nama saya.

“Terima kasih Ainations sebab merekalah semuanya menjadi realiti. Mereka tidak henti-henti komen di YouTube HOONDOTV untuk menyanyikan semula lagu Sepi,” katanya.

Penyanyi lagu Sumpah itu berkata, dia berterima kasih kepada Alice yang juga rakan sekuliah yang menterjemahkan lirik lagu Sepi ke dalam bahasa Korea.

“Alice yang menetap di Korea Selatan juga memastikan sebutan saya dalam bahasa Korea betul. Saya lega apabila Alice mengatakan percubaan saya menjadi.

“Namun, saya tidak boleh terus selesa dan sentiasa terbuka untuk terus mengasah bakat termasuk menyanyi dalam bahasa Korea dengan baik,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat