Video: Tahun 2035, Insyallah Anak Bangla Akan Jadi Ahli Parlimen

Lanjut Moratarium Tiga bulan Lagi – Anwar

KUALA LUMPUR-Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi gesaan agar kerajaan melanjutkan moratorium pinjaman. Katanya, langkah ini sekurang-kurangnya akan membantu sektor perniagaan dan...

Terjejas Sumber Pendapatan, MB Pahang Saran Taman Negara Di Buka Semula

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail, menyarankan agar Kerajaan Pusat khususnya Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) supaya...

Belum masa memangkah, pantun Permaisuri Agong tarik perhatian

Kuala Lumpur - Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sekali lagi menarik perhatian apabila memberikan empat rangkap pantun yang penuh dengan saranan...

Tak Minat Laporan Harian Pak Long, Sila Tutup TV Dan Smartphone – Zahida Zarik

KUALA LUMPUR: Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan, mencadangkan kepada ahli parlimen Segambut DAP, Hannah Yeoh agar tutup televisyen dan smartphone jika...

PM Panggil Mesyuarat Khas Kabinet Esok, Politik atau Pandemik?

CYBERJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan memanggil Mesyuarat Khas Jemaah Menteri esok (23 Oktober 2020) JAM 9.30 pagi tanpa memaklumkan sebarang...

Kuala Lumpur – Marah kerana sering dihina, seorang lelaki warganegara Bangladesh memuatnaik rakaman video bagi meluahkan rasa hatinya.

Melalui satu klip berdurasi 6 minit 08 saat, lelaki tersebut berkata mahu memastikan anaknya menjadi salah seorang ahli parlimen di negara ini menjelang tahun 2035.

“Negara ini ada undang-undang dan saya hormati undang-undang di negara ini. 27 tahun saya duduk sini (Malaysia) satu laporan polis pun tak ada (dibuat keatas saya) kerana saya respek undang-undang (malah) kawan-kawan saya pun ramai (dari kalangan) orang Melayu. Isteri saya pun orang sini (warganegara Malaysia) dan anak (sudah berumur) 19 tahun.

“Eh Macai, engkau tahu tak, kalau aku nak sebab kau dah cakap macam tu (hina keturunan Bangladesh) tahun 2035, Insyallah akan ada anak Bangla yang menjadi ahli parlimen.

“Pada ketika itu apa yang engkau boleh buat (sebab) bukan saya tapi anak saya (warganegara Malaysia) boleh jadi ahli parlimen (atau) anak kawan saya (ketika itu) apa yang engkau boleh buat Macai (sampai) nak bagi arahan macam tu.

“Sebab (para pekerja) Bangla ramai yang dah berkahwin dengan orang sini (warganegara Malaysia) jadi janganlah engkau rosakkan negara (ini) dan kurang ajar sampai macam itu, tak baik,” luahnya melalui klip video tersebut.

Lelaki yang tidak diketahui identitinya itu turut merayu kepada semua pihak agar berhenti menghina dan menjadi para pekerja Bangladesh sebagai kambing hitam.

“Saya nak minta tolong (dengan) pihak kerajaan Malaysia, janganlah sering hina orang asing kerana kalau kami orang asing tiada di sini kerajaan pun akan susah.

“Sebab kita datang sini (bukan nak cari masalah) tapi nak cari makan (bekerja) kita pun ada tolong kerajaan (membangunkan negara) bukan kita tak tolong.

“Kita bayar levi (cukai), makan minum, berak semua di sini. (Maksudnya) kita kena buang wang (keluarkan perbelanjaan) di sini sedangkan kami susah payah (bekerja) cari wang.

“Ini kali kedua saya dengar tuduhan (fitnah terhadap warganegara Bangladesh) dulu sekali pada tahun 2013 kata ada Bangla 40 ribu (dibawa masuk sebagai pengundi) tapi sampai hari ini tiada bukti (terhadap tuduhan tersebut),” luahnya lagi.

Dia turut menegaskan para pekerja warganegara Bangladesh hanya ingin bekerja mencari rezeki di negara ini dan bukan mendatangkan masalah kepada sesiapa.

“Sebab kami orang Bangladesh, Nepal datang sini kerja bukan nak cari masalah. Buat apa kita nak undi sini, kamu bayar satu juta pun saya tak nak undi di negara kamu.

“Ingat saya bodohkah mahu hilangkan kerakyatan (Bangladesh) kamu nak lari mana kalau ada apa hal (berlaku suatu yang buruk) kalau ada apa hal esok di Malaysia (berlaku kekecohan) saya ada saya punya negara (tapi) kamu Macai nak lari mana? soalnya pula.

Bagaimanapun pihak kami tidak dapat memastikan bila dan di mana klip video itu dirakam serta kepada siapa kemarahan tersebut ditujukan.

Dipercayai, ia ekoran kecaman netizen yang dilemparkan berhubung isu pekerja asing baru-baru ini. – SuaraTV

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Mujahid Rayu UMNO Sokong Anwar

Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa mendakwa UMNO telah menjadi mangsa kumpulan ‘pembelot’ dalam Kerajaan Perikatan Nasional. Dalam artikel terbaharu bertajuk ‘Membuang...

ANALISIS: Usaha Bersatu Bunuh UMNO Punca Kegawatan Politik

APA yang berlaku sepanjang minggu ini mungkin boleh menjurus kepada kejatuhan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam beberapa hari lagi, jika pasukan beliau...

Muhyiddin Pertimbang Bubar Parlimen Disember 2020

CYBERJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertimbangkan pembubaran Parlimen pada Disember 2020 sekiranya Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan November ini gagal mendapat...

Berita Berkaitan

Hukuman Berat Pemandu Mabuk Berkuatkuasa Jumaat Ini – Dr Wee Ka Siong

PETALING JAYA - Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 yang mengenakan hukuman lebih berat terhadap pesalah jalan raya khususnya pemandu bawah pengaruh alkohol dan dadah...

Addy Kanna, Goh Leong Terlibat Sindiket Macau Scam, Judi Online – Polis

KUALA LUMPUR - Polis mendedahkan sindiket yang didalangi Addy Kanna terlibat dalam kes penipuan Macau Scam, judi online dan penipuan pelaburan pertukaran mata wang...

Bekalan Air Di Hulu Selangor dan KL Pulih Sepenuhnya – Air Selangor

SHAH ALAM - Gangguan bekalan air di kawasan Hulu Selangor dan Kuala Lumpur telah pulih sepenuhnya. Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi kenyataan...