Jerman Dakwa Lelaki Mengintip Untuk Perisikan India

- Advertisement -

FRANKFURT: Pendakwa Jerman telah mendakwa seorang lelaki yang disyaki mengintip untuk Perisikan India di negara tersebut selama 2 tahun.

Lelaki yang dikenali sebagai Balbir S itu didakwa mengintip komuniti Sikh dan Khasmir di negara berkenaan. Tindakan ini bertentangan dengan undang-undang Jerman.

Balbir dituduh menyampaikan maklumat tentang pergerakan tokoh masyarakat Sikh dan Kashmir serta saudara mara mereka di Jerman kepada pengendalinya yang bertugas dengan Sayap Analisa, unit dibawah Agensi Perisikan Luar Negara India.

Perbicaraan dijangka bermula pada 25 Ogos akan datang. Sehingga tarikh tersebut, tidak dapat dipastikan sama ada Balbir dalam tahanan atau tidak.

Ini bukan kejadian pertama membabitkan agensi perisikan India di Jerman. Satu pasangan suami isteri turut ditahan dan didakwa kerana mengintip dalam komuniti yang sama Disember lepas.

Konflik di Kashmir telah menyebabkan ketegangan antara India dan Pakistan. 3 peperangan telah meletus antara 2 negara tersebut di wilayah berkenaan sahaja termasuk mewujudkan persaingan nuklear antara mereka – AL Jazeera.

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat