Selepas PH Tumbang Di Kedah, Kini Selangor Jadi Tumpuan – Laporan

Gila! Belah Perut Isteri Nak Tengok Jantina Anak

SEORANG lelaki di India ditahan polis kerana membelah perut isterinya yang sedang mengandung dengan sabit sehingga menyebabkan wanita itu sekarang tenat di hospital...

PN Perlu Segera Merencana Pemberdayaan Wanita Malaysia

Oleh: Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff Setelah tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan pada 24 Februari 2020, kita mendapati kurangnya gerakan bagi membincangkan hala tuju perkembangan wanita...

Polis Terima 35 Laporan Berkaitan Mohamaddin Hina Anggota Keselamatan

KOTA KINABALU – Sebanyak 35 laporan diterima polis Sabah setakat ini berkaitan penghinaan seorang bekas menteri ke atas anggota keselamatan bertugas ketika Op Daulat...

Mohamaddin Sangat Biadab, Melampau – Mejar Huan Cheng Guan

KOTA KINABALU – Kenyataan bekas Menteri Pakatan Harapan (PH) yang kini merupakan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi menghina wira...

#PRNSabah : Calon USNO Menangis Rayu Dipilih Wakil Rakyat Paginatan

KOTA KINABALU - Menjelang pecutan akhir berkempen untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, pelbagai ragam calon dapat disaksikan untuk meraih sokongan pengundi. Tidak ketinggalan calon...

PETALING JAYA – Selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) Kedah ditumbangkan, tumpuan kini turut diberikan kepada Selangor yang masih digenggam PH.

Sinchew Daily melaporkan, PH Selangor berdepan risiko sendiri terutamanya kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) dikatakan kerap menghubungi rakan sejawat mereka dari PH termasuk semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sumber memberitahu, antara yang disasarkan PN adalah ADUN Amanah yang berjumlah lapan orang di Selangor.

Selain itu, disebabkan PKR sedang giat mengambil tindakan terhadap ahli yang cenderung ke arah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, keadaan itu juga menimbulkan rasa tidak puas hati.

“Difahamkan daripada 19 ADUN PKR, 10 daripadanya adalah pro-Azmin.

“Mereka yang bakal dikenakan tindakan ini mungkin berasa marah dan membuat keputusan menyokong PN,” demikian lapor Sinchew Daily.

ADUN Lembah Jaya, Haniza Mohamed Talha antaranya telah dikenakan tindakan dan dibekukan keahlian PKR buat sementara waktu.

Daripada 56 kerusi DUN di Selangor, PH mempunyai 43 kerusi manakala PN sebanyak 13 kerusi.

Walaupun sebanyak sembilan ADUN PKR dilihat sebagai penyokong tegar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan 16 ADUN DAP dilihat setia kepada PH, tetapi apa-apa pun boleh berlaku.

“Di Perak, pengunduran ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd. Munaim dan ADUN Tronoh, Yong Choo Kiong adalah mengejutkan.

“Oleh itu, adalah sukar untuk menjangka apa yang akan berlaku selepas ini,” kata sumber itu.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan