Covid-19: MAIPK Benarkan Solat Jumaat dan Solat Aidilfitri Di Perak Secara Bersyarat

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Kekalkan Tarikh Pemilihan Parti, Tawarkan Kepada Rakyat Pimpinan Baharu – KP UMNO Pagoh

KUALA LUMPUR: Pimpinan pusat UMNO digesa untuk terus mengekalkan pemilihan parti yang dijangka akan berlangsung antara bulan Mei hingga Jun tahun ini. Ketua Pemuda UMNO...

Hanya Calon Peperiksaan Utama 2020 Ke Sekolah 20 Jan Ini

PUTRAJAYA - Sesi persekolahan secara bersemuka bermula 20 Jan ini di seluruh negara hanya membabitkan calon yang akan menduduki peperiksaan utama bagi 2020. Kementerian Pendidikan...

Rasuah Dalam Kalangan Penjawat Awam Cemar Nama Institusi Kerajaan

KUALA LUMPUR - Bak peribahasa 'seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit', itulah ibarat bagaimana budaya rasuah dan salah laku segelintir penjawat awam, mencemarkan...

Pengalaman Dua Generasi Berbeza Tempuhi Banjir Di Sarawak

KUCHING - Menghadapi banjir dalam tahun-tahun 1960-an, 70-an, mahupun 80-an di Sarawak, jika dilihat dari segi kemudahan disediakan, pusat pemindahan sementara, susun atur, bantuan...

IPOH – Selepas beberapa negeri membenarkan pelaksanaan solat Jumaat dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK) turut mengambil langkah yang sama.

Kelonggaran itu juga hanya dihadkan 12 orang jemaah bagi satu-satu masjid.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAIPK, Shahrul Azam Shaari, solat Jumaat dibenarkan diadakan di masjid dan surau diri Jumaat di negeri Perak, mulai esok (15 Mei).

Katanya, kebenaran itu telah mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang berpandukan pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.

Menurutnya, selain bilangan jemaah tidak melebihi 12 orang, termasuk imam dan khatib, beberapa syarat lain juga perlu dipatuhi.

“Pengerusi Jawatankuasa Kariah hendaklah mengenal pasti, dan menetapkan bahawa jemaah yang dibenarkan hadir terbatas kepada kalangan Ahli Jawatankuasa Kariah dan Pegawai masjid/surau.

“Tidak digalakkan warga yang berusia lebih daripada 60 tahun untuk hadir berjemaah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, kata Shahrul Azam, setiap jemaah hendaklah membuat pemeriksaan suhu badan, sanitasi tangan dan merekodkan kehadiran di dalam buku kehadiran di samping mengambil wuduk sebelum hadir ke masjid dan membawa sejadah masing-masing.

“Mereka yang mempunyai gejala seperti demam, sesak nafas, sakit tekak dan selesema tidak dibenarkan hadir.

“Begitu juga mereka yang mempunyai sejarah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, lelah, penyakit barah, dan sebagainya, juga tidak dibenarkan hadir,” ujarnya.

Syarat-syarat lain ialah:-

Jawatankuasa Kariah Masjid dan surau diri Jumaat dibenarkan untuk menggunakan pembesar suara luar semasa bacaan teks khutbah dan takbir untuk manfaat ahli-ahli kariah di sekitar masjid dan surau;

Tempoh masa bermula azan, khutbah hingga selesai Solat Jumaat, begitu juga tempoh mula bertakbir hingga selesai khutbah Solat Aidilfitri di dalam masjid dan surau dihadkan tidak melebihi 20 minit;

Penyusunan saf dan kedudukan dalam masjid atau surau diri Jumaat hendaklah mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia; dan

Para jemaah hendaklah bersurai dan tidak mengadakan sebarang jamuan makan minum di masjid/surau selepas selesai urusan Solat Sunat Aidilfitri.

Shahrul Azam berkata, masjid dan surau diri Jumaat masih tidak dibuka kepada orang awam, sebaliknya kebenaran ini hanya diberikan kepada ahli Jawatankuasa Kariah dan Pegawai masjid dan surau.

“Masjid dan surau diri Jumaat yang tidak berupaya atau gagal untuk memenuhi kesemua syarat dan panduan yang ditetapkan, tidak dibenarkan untuk melaksanakan Solat Jumaat dan Solat Sunat Aidilfitri berkenaan,” katanya.

Menurutnya, teks khutbah hendaklah ringkas dan padat, dengan masa penyampaian tidak melebihi 10 minit, disediakan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK).

Katanya, JAIPK akan mengeluarkan satu garis panduan kaedah pelaksanaan solat Jumaat dan solat sunat Aidilfitri kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid dan surau diri Jumaat di negeri Perak serta selanjutnya menyelia dan memastikan garis panduan dipatuhi.

Menurut Shahrul Azam, arahan dan ketetapan itu terpakai dan berkuat kuasa serta-merta sehingga dikeluarkan apa-apa arahan baharu daripada MAIPK.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Henti hangatkan isu kartel daging haram

Oleh: RAMLY HASSAN ISU kartel daging haram menjadi topik hangat perbincangan masyarakat ketika ini. Bukan sahaja ia diperkatakan oleh jabatan netizen sebaliknya, isu tersebut kini...

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Berita Berkaitan

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Kekalkan Tarikh Pemilihan Parti, Tawarkan Kepada Rakyat Pimpinan Baharu – KP UMNO Pagoh

KUALA LUMPUR: Pimpinan pusat UMNO digesa untuk terus mengekalkan pemilihan parti yang dijangka akan berlangsung antara bulan Mei hingga Jun tahun ini. Ketua Pemuda UMNO...

Hanya Calon Peperiksaan Utama 2020 Ke Sekolah 20 Jan Ini

PUTRAJAYA - Sesi persekolahan secara bersemuka bermula 20 Jan ini di seluruh negara hanya membabitkan calon yang akan menduduki peperiksaan utama bagi 2020. Kementerian Pendidikan...