Kuala Lumpur – Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik disifatkan sebagai seorang yang hipokrit apabila tidak membantah tawaran kerajaan Perikatan Nasional yang mahu menjadikan beliau pengerusi panel penasihat baru Mara Corp.
Menurut penganalisa politk, Dr Kamarul Zaman Yusuff, berdasarkan perbualan WhatsApp yang didedahkan, Maszlee telah pun menerima tawaran tersebut diperingkat awal.
Kamarul turut memuatnaik tangkap layar dan transkrip perbualan WhatsApp antara ahli Parlimen Simpang Renggam itu dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Abdul Latiff Ahmad di laman Facebooknya.
Kamarul turut menyifatkan tindakan Maszlee yang menolak tawaran tersebut keesokkan harinya sebagai pusingan U.
Dalam kumpulan perbualan WhatApps pada 27 April itu, Latif telah memperkenalkan Maszlee sebagai Pengerusi Mara Corp kepada ahli jawatankuasa penasihat yang lain.
“Assalamulaikum dan terima kasih. Saya berbesar hati dapat bersama pasukan,” tulis Maszlee dalam transkrip yang dikongsi Kamarul itu.
Latiff: Selamat datang Pengerusi.
Latiff: Saya ingin anda semua berkenalan.
Maszlee: Saya sedang baca
Maszlee: Dan cuba memahami semua dokumen yang diberikan 😉
Pada ketika itu, seorang ahli kumpulan meminta lebih banyak butiran mengenai bilangan syarikat dan perusahaan dibantu Mara yang terkesan dengan krisis Covid-19.
Maszlee: Setuju. Sebahagian besar kebimbangan adalah sah selepas saya teliti MCT lagi. Artikel Shah juga harus dipandang serius. Idea menanam instrumen Islamik bagi mempertingkatkan pelaburan dan pertumbuhan korporat satu lagi yang menarik, walaupun idea wakaf itu mungkin mengundang beberapa perbincangan. YBM, ada rancangan untuk mempunyai jabatan penasihat pelaburan Islamik Mara Corp kita sendiri seakan-akan yang bank ada?
Maszlee bagaimanapun masih belum dapat dihubungi bagi mengesahkan mengenai perkara ini.
Bagaimanapun, Latiff ketika dihubungi mengesahkan tangkap layar perbualan WhatsApp antara beliau dan Maszlee itu adalah sahih.
Pada 8 Mei, Latiff mengumumkan pelantikan Maszlee, mengatakan ia bertujuan untuk menguatkan struktur pengurusan perbadanan itu dan mengawasi program rasionalisasinya.
Namun keesokkan harinya Maszlee melalui laman Facebooknya berkata menolak tawaran tersebut.
Dalam perbualan berbeza dengan Latiff, Maszlee menjelaskan sebab menolak jawatan itu.
“Maafkan saya Datuk Seri. Saya terpaksa menolak tawaran bila melihat mereka yang korup kembali. Ini bertentangan dengan apa yang dijanjikan kepada kita bahawa mereka yang korup tidak akan kembali.
“Saya tidak mampu melihat nama saya sebaris dengan orang-orang yang saya penat membersihkan korupsi mereka sewaktu Kementerian Pendidikan dulu,” katanya dalam mesej tersebut.
Latiff menjawab penjelasan itu sambil mempersoalkan adakah Maszlee rasa dirinya “bersih”, dan menambah beliau sepatutnya lapor sekiranya terdapat bukti rasuah dalam kementerian.
“Hello ‘bro’, saya ada semua rakaman telefon antara kamu dan seseorang yang ‘penting’ dalam PPBM, kau memang sokong TM. Ini semua alasan,” Latiff beritahu Maszlee.
Beliau seterusnya beritahu Maszlee bahawa Muhyiddin tidak menawarkan jawatan kepada mereka yang berdepan pendakwaan rasuah, dan perdana menteri juga lebih pemaaf.
Beliau mengingatkan Maszlee bahawa Mahathir pernah memecat beliau.
Maszlee meletakkan jawatan menteri pendidikan pada Januari, mengatakan Mahathir minta beliau mengosongkan jawatan itu.
Dalam perbualan mereka, Latiff kesal Maszlee tidak memaklumkan keputusan menolak tawaran itu kepadanya.
“Saya fikir saya hilang seorang kawan.”