BANK RAKYAT SERAH ZAKAT PERNIAGAAN SEBANYAK RM1.69 JUTA KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

- Advertisement -

SIARAN MEDIA

BANK RAKYAT SERAH ZAKAT PERNIAGAAN

SEBANYAK RM1.69 JUTA KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

JOHOR, KHAMIS, 14 MEI 2020 – Bank Rakyat sebagai bank koperasi Islam terbesar di Malaysia menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM1.69 juta kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) bagi tahun kewangan berakhir 2019.

Sumbangan zakat perniagaan ini adalah sebahagian daripada jumlah keseluruhan zakat sebanyak RM32.99 juta yang telah diluluskan oleh Bank Rakyat pada tahun kewangan berakhir 2019 untuk agihan tahun 2020.

Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan hari ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Bank Rakyat bagi menghargai masyarakat di Johor yang banyak memberi sokongan terhadap perkembangan perniagaan Bank Rakyat.

Penyerahan zakat perniagaan itu diserahkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), YB Dato’ Sri Dr Hj Wan Junaidi Tuanku Jaafar kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi, Johor. Penyerahan zakat perniagaan ini turut disaksikan oleh YBhg. Dato’ Sri Haji Mohammad bin Mentek, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Dato’ Rosman Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat.

Menurut YB Dato’ Sri Dr Hj Wan Junaidi, penyerahan sumbangan zakat ini diharap dapat membantu meringankan beban kewangan penerima dan kerajaan negeri terutamanya semasa dunia sedang menghadapi penularan wabak COVID-19 dan membantu mereka yang terkesan akibat wabak ini.

“MEDAC akan sentiasa melihat keperluan yang timbul dari semasa ke semasa bagi membantu semua pihak yang terjejas terutamanya semasa tempoh penularan wabak COVID-19,” ujar beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat