Pembangkang dakwa Rafizi cuba memangsakan Petronas untuk takutkan rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa pembangkang guna nama Petronas untuk takutkan rakyat kononnya beliau sedang merancang formula baru untuk hapuskan monopoli Petronas dalam industri gas.

Sebaliknya Rafizi menegaskan, Kementerian Ekonomi dalam proses akhir memuktamadkan Pelan Hala Tuju Gas Negara, yang akan dilancarkan tahun ini.

“Pembangkang ada taktik baru, guna nama Petronas untuk takut-takutkan rakyat. Terbaru, kononnya saya sedang merancang formula baru untuk hapuskan monopoli Petronas dalam industri gas.

“Cerita sebenarnya bosan dan tak ada drama, tapi bila didongengkan, ada juga yang terpedaya. Popular jap Petronas.

“Bukan untuk memangsakan Petronas, tetapi untuk mengurangkan beban Petronasdi masa depan,” jelas Ahli Parlimen Pandan itu.

Menurut Rafizi lagi, sebenarnya sekarang ini, mana-mana syarikat pun boleh saja mengimport gas asli cecair (atau LNG) untuk dijual ke pasaran.

“Infrastruktur regassification dan paip gas memang dimiliki Petronas, tetapi sebab kita ada kerangka akses kepada pemain industri melalui akses pihak ketiga, mana-mana syarikat boleh mengimport LNG dan dijual ke pasaran.

“Masalahnya, syarikat lain tidak berminat. Hampir keseluruhan pengimportan LNG ke pasaran domestik dibuat oleh Petronas.

“Perkara ini menimbulkan beban kepada Petronas kerana kebergantungan negara kepada Petronas semata-mata. Sekiranya harga yang diimport Petronas itu lebih tinggi daripada harga yang dijual kepada pasaran, Petronasterpaksa menanggung kerugian,” ujar beliau dalam kenyataan pada Isnin.

Kata Rafizi lagi, Pelan Hala Tuju Gas Negara sebenarnya bertujuan untuk merancakkan rantaian nilai gas domestik, memandangkan kita terpaksa import lebih banyak LNG selepas ini kerana pengeluaran gas bagi kegunaan pasaran Semenanjung semakin berkurangan.

Jelasnya, apabila lebih banyak syarikat menceburi perdagangan gas dan mengimport LNG untuk dibekalkan, kedudukan Petronasdan negara adalah lebih baik dari beberapa sudut.

“Pertama, Petronas dapat menjana pendapatan tambahan kerana syarikat itu perlu membayar yuran akses untuk menggunakan infrastruktur gas Petronas.

“Kedua, risiko Petronas berdepan kerugian kerana memikul beban sebagai satu-satunya pengimport LNG juga berkurangan.

“Ketiga, bekalan gas lebih terjamin kerana industri gas yang lebih banyak pemain.

“Keempat, kita boleh menarik pelaburan baru ke dalam industri gas hiliran.

“Saya berada di dalam keluarga Petronas sejak dari berumur 18 tahun, iaitu sebagai penerima biasiswa Petronas hinggalah umur 32 tahun. Tak masuk akal orang macam saya nak memangsakan Petronas.

“Kalau ya pun nak spin, jangan lebih-lebih,” tegur beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat