Najib anggap Pak Lah sebagai abang dan teman rapat, ada saat susah senang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akui sangat sedih dengan pemergian Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Najib memberitahu beliau sekeluarga sangat rapat dengan bekas Perdana Menteri kelima itu.

“Innalillahwainnailaihirojiun. Amat sedih apabila diberitahu pemergian bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebentar tadi.

“Pak Lah was a friend, a mentor, a respected leader. Secara peribadinya, Pak Lah amat rapat dengan kami sekeluarga.

“Bagaikan abang dan teman rapat ketika susah dan senang,” ujar Najib.

Menurut beliau Allahyarham Tun Abdullah, sentiasa sudi membimbing, memberi nasihat dan tunjuk ajar, menunjukkan jalannya.

“Dalam politik dan pentadbiran, Pak Lah seorang yang berintegriti. Kepimpinannya bukan sahaja berteraskan akauntabiliti malah mengutamakan kecemerlangan.

“Bersandarkan kepada semangat dan prinsipnya juga yang menjadi antara beberapa faktor mendorong kepada terlahirnya prinsip pentadbiran 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

“Pak Lah akan sentiasa dikenang dengan sumbangannya kepada agama, bangsa dan negara. Seorang insan yang mulia.

“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Pak Lah dan rakan-rakan.

“Marilah kita sama-sama doakan. Semoga Allah ampunkan segala dosa arwah, menerima amalan beliau, mengangkat darjatnya di sisi Allah dan dikurniakan syurga,” katanya.

Ujar Najib lagi, Malaysia kehilangan seorang pemimpin yang berwibawa.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat