Lebaran Kasih Erat Silaturrahim, Kukuh Perpaduan di Sri Satria

- Advertisement -

PUTRAJAYA, – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini berkesempatan memenuhi undangan Rumah Terbuka Lebaran Kasih Aidilfitri anjuran Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis di kediaman rasmi mereka, Sri Satria.

Majlis yang berlangsung meriah itu turut dihadiri tetamu daripada pelbagai kaum dan latar belakang, mencerminkan semangat perpaduan yang menjadi asas penting dalam pembinaan negara bangsa.

“Alhamdulillah, saya dan Azizah dapat bertemu rakan-rakan lama serta beramah mesra dengan para tetamu yang hadir dalam suasana kekeluargaan dan penuh kasih sayang,” kata Perdana Menteri.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada penganjur atas jemputan dan layanan mesra, yang menurutnya menjadi ruang bermakna untuk terus memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.

Majlis seumpama ini jelas mencerminkan roh dan nilai-nilai #MalaysiaMADANI, serta komitmen berterusan Kerajaan Perpaduan untuk menjalin keharmonian melalui pendekatan #MADANIBekerja.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat