YBR Sedia RM80 ribu bantuan kepada pelajar UTEM B40 dan Anak Yatim

- Advertisement -

DURIAN TUNGGAL- Yayasan Bank Rakyat (YBR) terus prihatin menyantuni pelajar Universiti Teknologi Malaysia Melaka (UTEM) B40, anak yatim dan asnaf menerusi bantuan Ramadan dan Aidilfitri sempena dengan Program Semarak Kasih TYT Yang Dipertua Negeri Melaka bagi meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik.

Menurut Pengurus Besar YBR, En Syaiful Rizal Abdul Ghani, bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM300 setiap seorang diberikan kepada 200 pelajar B40 UTEM dan 50 pelajar World Youth (anak yatim dan asnaf).

Majlis penyerahan bantuan ini telah dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, TYT Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali Mohd Rustam.

Turut hadir sama dalam sesi perasmian ini adalah Pengerusi Lembaga Pemegang Pengarah UTEM, Datuk Seri Dr. Hj Hasim Hasan YBR; Naib Canselor UTEM, Prof. Ts. Dr. Massila; Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani serta Ketua Bahagian Operasi YBR, Mohd Mukhti Abd Rahman.

“Setiap tahun YBR mengambil inisiatif untuk menyediakan bantuan sempena bulan Ramadan bagi membantu mereka yang memerlukan dan memberi sinar keceriaan dalam membuat persiapan Aidilfitri yang bakal menjelma,”

“Bantuan yang melibatkan 250 pelajar ini adalah sebagai tanda menyemai kasih dan ihsan sempena bulan yang barakah serta memberi sedikit kelegaan dalam menguruskan keperluan.

“YBR amat menitikberatkan golongan yang memerlukan bantuan terutama B40, anak yatim dan asnaf serta akan sentiasa berusaha untuk memperbanyakkan lagi bantuan- bantuan lain bagi meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik,”

“Saya berharap lebih banyak program-program sebegini dapat diadakan sekaligus dapat merapatkan lagi silaturrahim di antara organisasi luar dengan masyarakat setempat,” katanya.

Jelasnya beliau lagi, peka dengan nasib mereka yang memerlukan, bantuan khas yang diberikan kepada pelajar dengan kerjasama yang telah dikenalpasti melalui UTEM bagi memudahkan proses pemberian bantuan.

Majlis penyerahan turut disertakan dengan majlis iftar bagi meraikan pelajar-pelajar untuk berbuka puasa bersama di Hotel Mudzaffar, Ayer Keroh, Melaka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat