Tiada Rumah Terbuka Aidilfitri Di Seri Perdana Tahun Ini – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang secara kebiasaan diadakan pada Hari Raya pertama, tidak akan diadakan di Seri Perdana pada tahun ini.

Memetik laporan BH, Anwar berkata, beliau sebaliknya akan hadir Majlis Rumah Aidilfitri anjuran agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi mendekati lebih ramai rakyat.

Menurutnya, sebagai permulaan beliau akan menghadiri Majlis Rumah Terbuka peringkat negeri di Kedah yang dijadual berlangsung pada 29 April ini.

“Perdana Menteri tidak akan adakan majlis Aidilfitri di Seri Perdana, tetapi setelah difikirkan lebih baik kita turun ke bawah, iaitu dari negeri ke negeri sama ada anjuran Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri.

“Kita ada minat sikit dengan Alor Setar kerana saya diberitahu makanan di Alor Setar jauh lebih lazat daripada tempat lain,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat