‘Netizen ni kelakar lah’ – Rita Rudaini

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Takkan saya nak letak gambar Hyun Bin. Pengsan pula cikgu anak saya.”

Itu kata pelakon popular Rita Rudaini yang mendapat kecaman netizen susulan tindakannya meletakkan gambar bekas suami, Aidil Zafuan Abd Radzak pada tugasan sekolah anaknya bagi menghasilkan ‘family tree’.

Rita berkata, dia keliru dengan sikap netizen kerana tidak dapat menerima hakikat dan membezakan fakta.

“Dulu anak pertama iaitu Rayyan pernah buat juga ‘family tree’. Kali ini giliran adiknya pula, Arjuna kena buat. Jadi, saya pun kena pergi kedai untuk cetak gambar.

“Saya juga terpaksa cakap dengan pekerja kedai itu di mana gambar itu adalah untuk kerja sekolah anak. Nanti dia fikir saya sengaja cetak dan nak simpan pula.

“Apabila saya muat naik di Instagram, tidak sangka pula masih ada netizen yang tidak puas hati dan cakap saya masih tidak ‘move on’. Mereka memang kelakar. Kalau tak letak muka bekas suami, nanti cakap saya ajar anak supaya lupakan bapa mereka. Apabila letak, kecam saya pula,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Rita, tugasan itu adalah markah peperiksaan anak keduanya, Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia 10 tahun.

“Ini tugasan sekolah anak yang membabitkan markah. Kalau saya letak muka orang lain, kasihan pula anak nanti kena potong markah. Takkan disebabkan saya, anak dapat markah rendah pula.

“Saya hanya bantu cetak gambar saja. Selebihnya dia siapkan dengan lukis dan warnakan sendiri,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat