KKM kesan kluster Covid-19 baru di Sendayan

- Advertisement -

Putrajaya – Kementerian Kesihatan mengesan 1 kluster baru di Sendayan, Negeri Sembilan melibatkan sebuah maahad tahfiz.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga kini 39 kes positif Covid-19 dikesan di Sendayan melibatkan 13 orang pelajar tahfiz, sekumpulan 15 individu dan 11 orang daripada sebuah keluarga.

“Jadi ada penularan Covid-19 di Sendayan. Tindakan bersepadu telah dan sedang dilaksanakan pihak kami di lapangan bagi membendung penularan Covid-19 di Sendayan,” katanya dalam taklimat harian mengenai perkembangan COVID-19, hari ini.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata setakat ini 28 kluster penularan virus itu dikesan di negara ini dengan kluster perhimpunan di Sri Petaling adalah yang terbesar.

“Selain kluster perhimpunan di Sri Petaling, kluster yang lain disifatkan masih kecil,” katanya.

Noor Hisham berkata di beberapa kawasan tertentu, terdapat potensi untuk Covid-19 merebak, justeru pihak kementerian terpaksa membendung penularannya di kawasan itu.

“PKPD perlu dilaksanakan bagi memastikan kita boleh menyaring kesemua mereka, mencari dan mengesan kes-kes positif. Tindakan perlu dilaksanakan. Untuk makluman, PKPD di Simpang Renggam dan Sungai Lui sebelum ini berjaya membendung penularan jangkitan virus itu.

“Ia sesuatu yang perlu tumpuan penuh dan kolaborasi dari polis dan tentera untuk menjayakan pelan tindakan ini,” tambahnya.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,558FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat