Berkat jadi model baju raya, Saddiq raih RM1.36 juta untuk Parlimen Muar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya meraih jumlah keseluruhan RM1.36 juta hasil titik peluh sebagai model jenama fesyen hasil gandingan bersama Bella Astillah.

Hari ini, Saddiq dan Bella turun padang menyerahkan sumbangan Ramadan dan Aidilfitri untuk 1,000 pengundi Parlimen Muar.

Sementara itu, Saddiq mengakui terpaksa berbuat demikian bagi mendapatkan sumbangan untuk pengundi di kawasan Parlimennya.

Dalam pada itu, Syed Saddiq meminta agar peruntukan kawasan Parlimennya dipercepatkan selepas beliau bersetuju dengan beberapa syarat yang ditetapkan kerajaan sebelum ini.

Katanya, jika benar beliau bakal menerima peruntukan itu, ini bermakna penantian selama 400 hari sejak menjadi Ahli Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 2022, berakhir.

“Saya doakan yang terbaik untuk orang Muar, kalau dapat Alhamdulillah. Saya ucapkan terima kasih pada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Fadillah Yusof) kerana sesi rundingan lebih lima kali, akan berakhir.

“Kalau benar apa yang dilaporkan, saya berharap akan ada pengakhiran yang baik. Peruntukan ini bukan untuk saya tapi warga Muar kerana akhirnya bantuan akan disalurkan terus kepada mereka.

“Kalau mereka memerlukan apa-apa bantuan seperti kerusi roda, makanan, baik pulih rumah dan sebagainya, dengan peruntukan inilah kita gunakan.

“Saya sangat berharap kerana saya melalui 400 hari tanpa peruntukan. Setakat ini apa yang dimaklumkan kepada media, saya doakan yang terbaik,” lapor Harian Metro di Muar pada Jumaat.

Sebelum ini, Saddiq mendakwa peruntukan untuk Parlimen Muar disekat sekali gus menyukarkan beliau menyalurkan sumbangan kepada penduduk di kawasannya.

Baru-baru ini, Saddiq mendapat berita gembira apabila Fadillah mengesahkan beliau akan menerima peruntukan tidak lama lagi.

Fadillah berkata, secara prinsipnya, Saddiq bersetuju dengan beberapa syarat yang ditetapkan kerajaan sebelum ini.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat