Semoga Muhyiddin menjalani penghakiman yang adil

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketelusan Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak wajar dipertikai kerana ia sebuah badan bebas dan berkredibiliti.

Mengulas berkenaan pertuduhan mahkamah yang melibatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan projek Jana Wibawa.

Khairy Jamaluddin berkata, setiap pertuduhan ada asasnya sebelum ia dibawa ke muka pengadilan namun kerajaan tetap perlu menjawab isu pendakwaan politik terhadap pembangkang.

“Maksudnya wujud pertikaian, setiap kali Kerajaan Pusat bertukar maka pihak yang tidak sehaluan atau pembangkang pasti berdepan tindakan undang-undang manakala kes yang melibatkan penyokong kerajaan semasa ditunda dan dilambatkan.

“Keluar Sekejap menaruh harapan tinggi kepada kredibiliti institusi-institusi kerajaan dan kita harap Tan Sri Muhyiddin mendapat pengadilan yang adil di mahkamah,” katanya dalam siaran podcast Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan pada Selasa.

Beliau menyokong kenyataan Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4) bahawa tidak semua dakwaan pemimpin PN tiada asas bahawa tindakan SPRM terhadap mereka bermotifkan politik.

C4 sebelum ini menyoal mengapa agensi itu hanya memulakan siasatan dan pendakwaan kes yang dikaitkam dengan Program Jana Wibawa selepas kerajaan baru berkuasa.

Pun begitu, Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda Umno itu juga bersetuju dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan jika semua kes pemimpin politik disiasat atau dihadapkan ke mahkamah dituduh bermotifkan politik, ia bermakna pihak berkuasa tidak lagi boleh mengambil tindakan andai ada pemimpin politik disyaki terbabit rasuah selepas ini.

“Saya setuju kenyataan C4 ini ada asasnya yang pelu dijawab dan apa yang dikatakan Perdana Menteri juga betul.

“Saya suka dengan cadangan C4 untuk pastikan akauntabiliti dan mesti diwujudkan akta pendanaan politik,” katanya.

Sementara itu, Shahril Hamdan juga menegaskan bahawa prinsip semua orang tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah, tidak kira siapa yang terpalit atau didakwa.

“Hujah makan diri pun dimainkan dalam konteks ini, dulu katakan kes terhadap pimpinan Umno adalah pendakwaan politik, hari ini mereka kena jawab apabila orang lain guna hujah sama.

“Jadi rakyat tengok ia seolah-olah pusing benda sama. Kita perlu cari jalan keluar dari kemelut ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat