Rina enggan ulas desakan DAP siasat kekayaan beliau

IPOH: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun enggan mengulas desakan DAP yang meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sumber kekayaan beliau yang dikatakan mampu membayar hutang sebanyak RM1.3 juta dalam tempoh singkat.

Beliau yang juga Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut enggan mengulas sama ada telah dipanggil SPRM untuk siasatan.

“Saya rasa kita fokus kepada soalan yang ini (tentang program yang dihadiri),” katanya ketika ditanya mengenai perkara itu dalam sidang akhbar Majlis Penyampaian Bantuan Kewangan Pengoperasian Tahunan dan Penubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Perak 2021 di sini hari ini.

Sebelum ini, Pemuda DAP Kebangsaan (DAPSY) meminta SPRM menyiasat Rina berikutan keupayaannya membayar hutang yang dilihat tidak setara dengan jumlah pengisytiharan harta dinyatakan sebelum ini.

Naib Ketua Pemudanya, Jenny Choy berkata, SPRM perlu menjalankan siasatan bagaimana Rina berjaya mengumpul kekayaan dan dana yang cukup untuk melunaskan hutang sebanyak RM1.3 juta dalam masa singkat iaitu 15 bulan.

Katanya,jika merujuk data pengisytiharan aset SPRM yang diterbitkan pada 20 November tahun lalu, aset dimiliki Rina hanya berjumlah RM72,000.jika merujuk data pengisytiharan aset SPRM yang diterbitkan pada 20 November tahun lalu, aset dimiliki Rina hanya berjumlah RM72,000.

Sebelum ini, sebuah portal dalam talian memetik Mark Ho, peguam yang mewakili syarikat produksi dan filem Sarl Novovision memaklumkan Rina telah menyelesaikan hutangnya namun dia enggan mendedahkan jumlah tunggakan yang dibayar Rina.

Syarikat tersebut memfailkan saman terhadap Rina pada 8 November 2018 yang menuntut Rina menjelaskan hutangnya sebelum 31 Julai 2019.

Tuntutan itu untuk beberapa filem, dokumentari dan rancangan komedi yang dijual kepada tiga syarikat, yang mana Rina menjadi pengarahnya.

Rina merupakan seorang daripada pengarah syarikat Eurofine (M) Sdn. Bhd., Fine Mobile Network Sdn Bhd. dan Fine TV Network Sdn. Bhd. yang kini telah ditutup dan membeli beberapa program daripada syarikat itu.

 

_utusanonline_

 

 

 

 

 

 

 

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Apa Nasib Kami Ramadan Ini, Tiba-Tiba Diarah Pindah – Peniaga

REMBAU - "Saya dan rakan lain berniaga di sini sejak 32 tahun lalu, tiba-tiba kami diarah berpindah. Sukar untuk kami meneruskan hidup," kata peniaga...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Berita Berkaitan

Tempoh Pegangan Pajakan SMK Convent Bukit Nanas Dilanjutkan 60 Tahun – PMO

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju supaya tempoh pegangan pajakan tapak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Nanas di sini, yang akan tamat pada...

Darurat Bolehkan Kerajaan Urus Covid-19 Dengan Baik – Hamzah

PUTRAJAYA - Perisytiharan darurat telah membolehkan pengurusan COVID-19 di Malaysia dijalankan dengan baik antaranya menerusi pindaan beberapa akta khusus bagi membendung penularannya, katanya Menteri...

Jangkitan Baru Covid-19 Di Kelantan Atasi Selangor, Sarawak

PUTRAJAYA - Malaysia terus merekodkan peningkatan kes positif baharu Covid-19 melebih 2,000 iaitu 2,875 kes mengatasi kes sembuh iaitu 2,541 kes. Sebanyak 13 kluster...