Wakil rakyat begini ‘bangang’ juga bila suruh orang pergi mati – DAPSY

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Setiausaha DAPSY Kebangsaan Ho Chi Yang bertindak memulangkan paku buah keras kepada Datuk Dr Akmal Saleh apabila melabel Ketua Pemuda Umno itu ibarat orang tidak beradab.

Chi Yang yang juga Adun Tanah Rata mendakwa Akmal juga ‘bangang’ apabila menyuruh orang ”pergi mati”.

“Bro, bawa bertenang dulu. Betul, Islam adalah agama Persekutuan, tak pernah ada parti politik yang mempertikaikannya.

“Mungkin wakil rakyat yang suruh orang pergi mati saja pun adalah jenis bangang di mata orang lain.

“Jangan pandai mengadu buku lidah, sebab semacam orang tidak beradab,” tempelak Chi Yang sebagai reaksi kepada hantaran Akmal.

Ketua Pemuda Umno sebelum itu ‘menyekolahkan’ Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui yang mencadangkan agar portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua iaitu khusus untuk Islam dan bukan Islam.

Kata Akmal Islam di Malaysia bukan sekadar agama rasmi sebaliknya agama Persekutuan.

“Bila kaduk naik junjung inilah jadinya. Islam ini bukan agama rasmi, tetapi Islam adalah agama Persekutuan!

“Bila yang jadi wakil rakyat ni tidak tahu tahu fungsi kerajaan dan Perlembagaan dan sensitiviti yang perlu dihormati maka lahirlah wakil rakyat yang terlalu bangang begini rupanya.

“Kalau idea begini pun disokong dan tuduh orang yang menentang ini penyokong pembangkang,maka jawapan saya kepada kamu adalah,lebih baik pergi mati saja,” katanya.

Baca Juga : Begini jadinya bila wakil rakyat ‘bangang’ tak tahu Perlembagaan – Akmal

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat