Begini jadinya bila wakil rakyat ‘bangang’ tak tahu Perlembagaan – Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh tampil ‘menyekolahkan’ Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui yang mencadangkan agar portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua iaitu khusus untuk Islam dan bukan Islam.

Kata Akmal Islam di Malaysia bukan sekadar agama rasmi sebaliknya agama Persekutuan.

“Bila kaduk naik junjung inilah jadinya. Islam ini bukan agama rasmi, tetapi Islam adalah agama Persekutuan!

“Bila yang jadi wakil rakyat ni tidak tahu tahu fungsi kerajaan dan Perlembagaan dan sensitiviti yang perlu dihormati maka lahirlah wakil rakyat yang terlalu bangang begini rupanya.

“Kalau idea begini pon disokong dan tuduh orang yang menentang ini penyokong pembangkang,maka jawapan saya kepada kamu adalah,lebih baik pergi mati saja,” bidas Exco Melaka itu dalam hantaran di Facebooknya.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui berkata cadangan mewujudkan portfolia Menteri agama bukan Islam adalah langkah itu penting bagi memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini dan memastikan tiada pihak yang terpinggir.

Malah katanya, Exco khusus untuk menjaga rakyat bukan Islam juga turut diwujudkan di beberapa negeri antaranya Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Perak.

“Saya mencadangkan agar portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua iaitu satu khusus urusan agama Islam dan hal ehwal bukan Islam.

“Menteri ini (hal ehwal bukan Islam) boleh dilantik dalam kalangan pemimpin yang dihormati dalam kalangan bukan Muslim,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Rabu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat