“Tunggulah sampai kiamat, selamat menanti” – Sanusi beritahu pembangkang Kedah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Sanusi Md Nor menegaskan mana-mana gabungan parti boleh memasang cita-cita untuk mentadbir negeri ini.

Bagaimanapun katanya, pemilihan pentadbiran dalam kerajaan negeri itu tetap berpaksi kepada sistem demokrasi politik iaitu melalui undi rakyat dalam pilihan raya akan datang.

“Tunggulah sampai kiamat, selamat menanti. Sesiapa pun boleh memasang cita-cita, siapa yang belum dapat (jadi kerajaan negeri) dia kata, dia kerajaan menantilah. Siapa yang terlepas nak kata apa? Kerajaan yang hilang.

“Boleh pasang cita-cita, ini dunia demokrasi. Boleh beratur, dia boleh habaq kat orang tetapi tunggulah pilihan rakyat akan datang,” lapor Utusan di Alor Setar pada Jumaat.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bahawa gabungan itu dengan kerjasama Barisan Nasional (BN) sedang mempersiapkan diri sebagai kerajaan menanti di Kedah menjelang pilihan raya akan datang.

Perikatan Nasional (PN) menguasai 33 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 yang membolehkan Pas mendominasi kemenangan itu untuk mentadbir negeri ini.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat