Pindaan SOSMA akan ditambah baik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kerajaan bersetuju supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengkaji semula Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Jurucakap Kerajaan Perpaduan yang juga Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata Kabinet hari ini membuat penelitian untuk semakan SOSMA adalah susulan pengumuman pindaan Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736), semalam.

Beliau berkata, secara prinsip Jemaah Menteri bersetuju untuk beberapa perkara ditambah baik dalam pindaan SOSMA nanti.

“Semalam, Perdana Menteri menyatakan mengenai Akta Perhimpunan Aman akan dipinda dengan beberapa perkara dipermudahkan, dan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, SOSMA juga akan diteliti dan disemak.

“Insya Allah, Menteri Dalam Negeri akan tampil ke Parlimen untuk memberi kenyataan mengenai perkara ini tetapi secara prinsipnya, beberapa perkara sudah dibincangkan dan dipersetujui untuk ditambah baik atau menyemak semula SOSMA,” katanya dalam Sidang Media Pasca Mesyuarat Kabinet, di Putrajaya pada Jumaat.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat