Wan Rosdy umum rombakan Exco Negeri

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail melakukan rombakan penyusunan semula portfolio barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (Exco).

Menurut Wan Rosdy, penyusunan semula portfolio melibatkan tiga (3) orang Exco Kerajaan Negeri Pahang.

Menerusi kenyataan media beliau, 3 orang Exco yang terlibat ialah YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff yang memegang portfolio Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, YB Tuan Ir Razali bin Kassim, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang dan Adun Pelangai yang baru dilantik Exco YB Dato’ Amizar bin Abu Adam memegang portfolio Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang.

“Selaras dengan pelantikan Ahli Dewan Negeri Pelangai, YB. Dato’ Amizar bin Abu Adam sebagai Ahli EXCO, Kerajaan Negeri Pahang menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang bermesyuarat pada hari ini (14 Februari 2024) telah menyusun semula portfolio melibatkan tiga (3) EXCO Kerajaan Negeri Pahang.

“Penyusunan semula portfolio EXCO Kerajaan Negeri Pahang seperti berikut:

i. YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang

ii. YB Tuan Ir Razali bin Kassim, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang

iii. YB Dato’ Amizar bin Abu Adam, Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang.

“Penyusunan portfolio ini berkuatkuasa serta-merta,” kata Wan Rosdy.

Dalam kenyataan itu juga, beliau berharap dengan penyusunan semula portfolio Exco Kerajaan Negeri Pahang, pentadbiran Kerajaan Negeri akan lebih kemas dan mantap terutamanya dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat negeri ini.

Terdahulu, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff  yang juga Adun Bebar menerajui portfolio Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan manakala  Ir Razali Kasim (ADUN Muadzam Shah) bagi portfolio Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan.

Semalam, Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam dilantik sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (Exco).

Datuk Amizar mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, di Istana Abdulaziz, Kuantan. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat