Cuma Jho Low masuk ke rumah Najib untuk dapatkan tandatangan – bekas Peguam 1MDB

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak pernah memasuki kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta untuk menyerahkan dokumen berkaitan syarikat itu.

Sebaliknya menyerahkan dokumen berkenaan kepada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low untuk ditandatangani Najib.

Jasmine Loo Ai Swan, 50, yang merupakan saksi pendakwaan ke-50 berkata demikian ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Deepa Nair Thevaharan pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi Najib.

“Ada satu kali, Jho Low keluar dari rumah Najib dan mengambil dokumen daripada saya. Saya tidak masuk rumah Najib, saya hanya menunggu di pintu kediaman Najib,” kata saksi pendakwaan ke-50 itu.

Terdahulu, ketika membacakan pernyataan saksinya setebal 63 muka surat, Jasmine Loo berkata pada 2012 dan 2013, dokumen yang disediakannya berhubung pelaburan akan dicetak dan dimasukkan ke dalam sebuah plastik folder, sebelum diserahkan sendiri kepada Jho Low di mana-mana yang diarahkan olehnya termasuk di pintu kediaman Najib.

“Sekiranya tidak, saya akan memberi plastik folder tersebut kepada mana-mana individu yang diarahkan oleh Jho Low dan individu itu akan menyerahkannya kepada Jho Low untuk memperoleh tandatangan Najib.

“Selepas Jho Low memperoleh tandatangan Najib, Jho Low akan menyerahkan dokumen kepada saya sendiri atau kepada mana-mana individu untuk diberikan kepada saya. Sekiranya ia tidak serahkan kepada saya, Jho Low akan menghantar pesanan kepada saya melalui Blackberry Messenger untuk memastikan dokumen ini diserahkan kepada pejabat 1MDB untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Semalam, Jamine Loo memberitahu mahkamah bahawa sepanjang berkhidmat di 1MDB, beliau cuma berjumpa dengan Najib dalam apa-apa acara atau mesyuarat berkaitan 1MDB secara beramai-ramai bersama pengurusan 1MDB, dan beliau tidak pernah bersemuka secara bersendirian atau terus dengan Najib untuk apa-apa urusan berkaitan syarikat.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah sedang berlangsung.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat