Pembangkang juga boleh sertai KEB2024, ini agenda pembangunan Bumiputera – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB2024) akan menjadi satu resolusi dalam menetapkan hala tuju dan pendekatan baharu agenda Bumiputera.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, KEB 2024 akan menjadi platform bagi menetapkan hala tuju serta pendekatan baharu agenda pemerkasaan Bumiputera yang lebih adil, saksama dan inklusif di samping mencadangkan pendekatan yang lebih menyeluruh dalam membuat penilaian mengenai pembangunan Bumiputera.

“Syukur Alhamdulillah, hari ini telah berlangsung Pra-Peluncuran Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB2024) yang disempurnakan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“KEB2024 ini akan dianjurkan oleh Kementerian Ekonomi bersama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah ini akan diadakan pada 29 Februari hingga 2 Mac 2024 di PICC, Putrajaya.

“Bertemakan “Positif. Progresif. Inovatif”, KEB 2024 akan menjadi platform bagi menetapkan hala tuju serta pendekatan baharu agenda pemerkasaan Bumiputera yang lebih adil, saksama dan inklusif di samping mencadangkan pendekatan yang lebih menyeluruh dalam membuat penilaian mengenai pembangunan Bumiputera,” katanya pada Rabu.

Ketika ini menurut Zahid, terdapat 10 kumpulan utama yang giat menjalankan sesi libat urus yang diketuai oleh tokoh-tokoh utama berdasarkan kepakaran masing-masing bagi memperhalusi pelbagai aspek berkaitan Bumiputera.

“Kemudian, kesemua dapatan daripada kongres selama tiga hari nanti akan dirangkumkan menjadi satu resolusi dalam menetapkan hala tuju dan pendekatan baharu agenda Bumiputera.

“Saya juga menjemput anda semua untuk menyertai pertandingan esei dan pertandingan pandangan terbaik yang diadakan bermula hari ini bagi memberikan ruang untuk orang awam mengemukakan pandangan mengenai KEB2024,” kata Presiden Umno itu.

KEB 2024 akan berlangsung hujung bulan ini terbuka kepada semua pihak termasuk parti politik pembangkang.

Menurut Zahid kerajaan tidak memandang ‘warna politik’ jika ia membabitkan isu Bumiputera.

“Kita buta warna dalam soal ekonomi Bumiputera,” katanya.

Majlis yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 dijadualkan berlangsung pada 29 Februari hingga 2 Mac ini, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Kongres terbabit akan mencipta usaha memperkasa Bumiputera dalam soal teknologi baharu dan pelan futuristik untuk generasi akan datang.

Mengulas lanjut, Zahid berkata, kongres terbabit akan memberi tumpuan kepada 10 kluster yang diketuai pakar bagi setiap bidang berkenaan.

Katanya, semua hasil libat urus setiap kluster terbabit akan dibentangkan pada hari kongres berlangsung dengan rumusannya akan diserahkan kepada Perdana Menteri.

“Pada hari kongres, pembentangan sesi libat urus akan diadakan yang mana pembentangan dibuat pengerusi setiap kluster dan mereka diberikan masa agak ringkas untuk membentangkannya.

“Kemudian mereka akan mengemukakan resolusi mewakili setiap kluster dan rumusan akan dipersembah kepada Perdana Menteri yang akan menutup kongres pada hari terakhir,” katanya.

Beliau berkata, kongres itu turut membabitkan penyertaan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) termasuk Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kadazan Dusun serta Dewan Perniagaan dan Perindustrian Dayak.

Katanya, pembabitan kedua-dua dewan perniagaan berkenaan yang mengetuai kluster Sosioekonomi Bumiputera Sabah dan Sarawak adalah bagi meneliti beberapa perincian dan saranan program sebagai komponen penting dalam pelaksanaan kongres.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat