Cemar imej polis, anggota bocor maklumat sulit di media sosial

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid mengakui ada pegawai dan anggotanya mombocorkan pelbagai maklumat sulit di media sosial kebelakangan ini.

Melihatnya sebagai masalah serius yang bukan saja mencemarkan imej polis, beliau menegaskan, perbuatan itu boleh mengancam keselamatan dan keamanan negara.

“Oleh demikian, prinsip kerahsiaan hendaklah dipatuhi selaras Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) yang melarang penyebaran maklumat yang dikategorikan sebagai rahsia rasmi.

“Kepesatan perkembangan teknologi masa kini memberi peluang dan ruang kepada penyebaran maklumat ini secara berleluasa tanpa menganggap implikasi pendedahan mampu membawa liabiliti jenayah di bawah akta itu,” katanya menurut BH.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, pada Rabu.

Sementara itu, Allaudeen berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur merampas pelbagai jenis dadah pada bulan lalu, membabitkan nilai RM 1.7 juta berbanding RM1.8 juta pada bulan sama tahun lalu.

“Statistik perbandingan tangkapan bagi Januari 2024 dan bulan sama 2023 menunjukkan peningkatan seramai 1,019 orang, iaitu 2,352 orang bagi Januari 2024 berbanding 1,333 bagi Januari 2023,” katanya.

Mengenai prestasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kuala Lumpur pula, beliau berkata, ia terus memperlihatkan kejayaan dengan 366 operasi dan serbuan bersama tangkapan seramai 421 orang bagi Januari 2024.

“Selain itu, sebanyak empat kertas siasatan dibuka membabitkan pusat panggilan, di mana dua dituduh dan dua lagi masih dalam siasatan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat