Taktik Elak Suntik Dos Penggalak, Ada Rakyat Singapura Mahu Disahkan Positif Covid-19

- Advertisement -

SINGAPURA – Segelintir individu di Singapura mahu nama mereka disahkan sebagai pesakit Covid-19 bagi mengelakkan diri daripada mengambil suntikan penggalak.

Ini kerana pesakit yang sudah pulih daripada jangkitan Covid-19 boleh menangguhkan suntikan dos penggalak, dikecualikan daripada dasar-dasar tertentu yang berkaitan dengan vaksinasi dan kawalan jangkitan atau kurang dikenakan sekatan-sekatan perjalanan yang dikuatkuasakan.

Mediacorp melaporkan, Protokol 1 di bawah garis panduan Covid-19 Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan pesakit yang berasa tidak sihat harus berjumpa doktor, manakala Protokol 2 pula menyatakan individu berisiko rendah yang mengalami gejala ringan boleh menjalani pemulihan di rumah.

Mereka yang menjalankan ujian kendiri di rumah dan mendapatk keputusan positif, tidak jelas sama ada mereka harus berjumpa doktor.

Bagi sesetengah orang pula, mereka bergegas berjumpa doktor kerana mereka ingin didaftarkan dalam sistem penjagaan kesihatan awam sebagai terjangkit Covid-19 demi mengelakkan suntikan dos penggalak.

Sesetengah doktor klinik swasta memberitahu Mediacorp bahawa terdapat ramai pesakit yang sanggup beratur panjang di klinik, tanpa mengira gejala mereka, semata-mata kerana mahu diiktiraf secara rasmi sebagai positif Covid-19.

Pada 5 Februari, tiga kementerian dan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak(ECDA) mengeluarkan kenyataan bersama yang mendedahkan bahawa ramai individu yang tidak bergejala atau mengalami gejala ringan pergi ke klinik-klinik sedemikian semata-mata untuk mendapatkan surat doktor bagi membolehkan mereka kembali bertugas di tempat kerja atau sekolah.

Kerajaan dan agensi-agensi berkenaan turut menyarankan kepada mereka yang menunjukkan hasil positif tetapi dengan gejala ringan ketika menggunakan kit ujian antigen supaya duduk di rumah sahaja.

Sebilangan klinik swasta dan poliklinik masih dibanjiri dengan pesakit bergejala ringan dan hanya memerlukan rawatan minimal.

Ini menyebabkan masa menunggu yang lebih lama di klinik-klinik berkenaan disebabkan segelintir individu yang sihat mahukan pengesahan rasmi yang menunjukkan bahawa mereka dijangkiti Covid-19.

Ada yang sanggup berbuat demikian bagi menangguhkan suntikan dos penggalak atau mahu dikecualikan daripada peraturan-peraturan tertentu.

Bermula 1 Januari, sesiapa yang sudah pulih daripada jangkitan Covid-19 dan belum melengkapkan vaksinasi asas mereka juga dikecualikan daripada pemeriksaan vaksinasi untuk memasuki pelbagai tempat dan beberapa peraturan lain bagi tempoh selama 180 hari selepas dijangkiti virus itu.

Bermula 23 Januari, pelawat yang sudah lengkap divaksin dan terjangkit virus itu dalam tempoh kurang daripada 90 hari sebelum memasuki Singapura akan dikecualikan daripada ujian dan kuarantin jika mereka boleh menunjukkan bukti. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,498FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat