Semua Virus COVID-19 Di Dunia Ini, Jika Dikumpul, Muat Dalam Satu Tin Minuman – Kajian

LONDON: Suatu yang hanya sehalus-halus kejadian, mampu melumpuhkan dunia!

Kesemua virus yang menyebabkan pandemik COVID-19 di seluruh dunia ini, sekiranya dikumpulkan, boleh muat di dalam satu tin minuman.

Reuters melaporkan, perkiraan luar biasa itu adalah merupakan hasil kajian daripada pakar matematik British sekali gus menunjukkan betapa dahsyat permasalahan mampu tercetus hanya kerana partikel virus yang sangat halus.

Berdasarkan statistik kadar jangkitan baharu pandemik itu, dan disertai formula pengiraan teliti tentang penggandaan virus, pakar matematik Universiti Bath, Kit Yates, membuat jangkaan bahawa terdapat sehingga dua quintilion, atau dua bilion bilion – partikel virus SARS-CoV-2 di dunia pada satu-satu masa.

Memperincikan langkah pengiraannya, Yates berkata, dia menggunakan diameter virus berkenaan, iaitu secara purata lebih kurang 100 nanometer (satu per 100 bilion daripada semeter). Dia juga mengambil kira isipadu virus berbentuk sfera itu.

Yates berhujah, walaupun sudah menghitung pembentukan protein virus korona itu dan hakikat bahawa terdapat ‘ruang kosong’ apabila partikel virus sfera itu dihimpit bersama, jumlah keseluruhannya masih kurang daripada tin minuman berisipadu 330 mililiter.

“Sangat mengagumkan apabila memikirkan bahawa semua masalah itu, gangguan ini, keperitan ini, dan setiap nyawa yang terkorban sejak tahun lalu, berpunca daripada suatu yang amat sedikit,” kata Yates dalam satu kenyataan.

Setakat ini, lebih daripada 2.34 juta manusia telah meninggal dunia akibat pandemik COVID-19, dan kira-kira 107 juta kes jangkitan di seluruh dunia – Astro Awani

Topik Hangat

Tiga Lagi ADUN Amanah Keluar Parti – Laporan

CYBERJAYA - Sekurang-kurangnya tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Nasional (Amanah), kali ini di Johor dilaporkan bertindak keluar parti untuk...

Muhyiddin Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Atau Titah Agong?

KUALA LUMPUR - Perkara yang paling ditakuti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti yang dipimpinnya ialah sidang Parlimen dan Pilihan Raya Umum...

Ismail Sabri bakal dilantik TPM, Zahid dipinggir punca UMNO berantakan?

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disebut-sebut bakal dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Desas-desus ini khabarnya antara punca UMNO...

Berita Berkaitan

Covid-19: Kes Global Kembali Meningkat

MOSCOW: Jumlah kes baharu jangkitan COVID-19 global kembali meningkat sejak seminggu lalu, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). "Lebih 2.6 juta...

Bakal jemaah haji wajib divaksin arahan Arab Saudi

KUALA LUMPUR - Kerajaan Arab Saudi mewajibkan vaksin Covid-19 ke atas bakal jemaah haji tahun ini. Menteri Kesihatannya Dr Tawfiq Al-Rabiah berkata ia merupakan antara...

Dua Pertuduhan Bakal Dihadapi Aung San Suu Kyi

YANGON: Pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi dituduh dengan dua pertuduhan jenayah lagi ketika tampil di mahkamah menerusi sidang video pada Isnin. Pertuduhan...