Penduduk Kampung Gempar Kehadiran ‘Raja Ular’ Sepanjang Enam Meter

- Advertisement -

SIK: Penduduk Kampung Kura Melayu, Jeneri, di sini, gempar dengan penemuan seekor ular tedung selar sepanjang enam meter di sebuah rumah yang dalam proses pembinaan pada Sabtu malam.

Reptilia yang digelar “raja ular” itu ditemui seorang penduduk yang masuk ke dalam rumah itu selepas terdengar bunyi seakan ayam mengeram.

Pasukan Bridget Sukarelawan Yayasan Jariah Malaysia (BSYJM) yang dikerah ke lokasi kejadian dan tiba sekitar jam 9.30 malam mengambil masa hampir 10 minit untuk memerangkap haiwan tersebut.

“Reptilia itu berkemungkinan sesat masuk ke dalam rumah berikutan musim cuaca panas dan ia mencari kawasan berlindung.

Kita akan serahkan ular tersebut kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan lanjut,” kata Pengerusi BSYJM Mahadzir Abdul Hamid.

Mahadzir memaklumkan reptilia berkenaan merupakan yang terbesar melibatkan pihaknya di daerah Sik setakat ini – Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,495FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat